Muzium Dasar Laut Cancun, Mexico Untuk Para Penyelam Tegar

cancun

Pernah tahu tentang kewujudan muzium di dasar laut? Kalau belum, mari MakanLena kongsikan tentang Cancun Underwater Museum (MUSA).

cancun

Cancun Underwater Museum (MUSA), seperti namanya merupakan muzium di dasar laut. Disebabkan lokasinya berada di dalam laut, anda berpeluang untuk menyelam ke dalam laut menggunakan pakaian skuba. Oh ya, anda perlu lesen skuba ya. Jika tidak, pihak muzium hanya benarkan anda melihat muzium tersebut melalui aktiviti snorkelling sahaja.

cancun

Tertubuhnya muzium ini adalah daripada cetusan idea Pengarah Taman Laut Cancun ini sendiri iaitu Jaime Gonzalez Canto dan Jason deCaires Taylor yang merupakan pelopor kepada ukiran di dasar laut selepas melihat banyaknya kerosakan terumbu karang di sini sejak 2008.

Terdapat lebih daripada 470 buah patung dan ukiran di sini yang dijalankan oleh badan NGO yang memfokuskan seni pemuliharaan. Apabila terdapat banyak terumbu karang mula muncul di sekitar lokasi ini, ia berjaya menarik minat hidupan laut untuk membiak.

cancun

Yuran yang dikenakan untuk aktiviti snorkelling ialah sekitar USD45 untuk dewasa dan USD22.50 untuk kanak-kanak. Tempoh masa untuk melawat adalah dalam 2 jam.

Untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti skuba, yuran yang dikenakan ialah USD65 untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Penyelam skuba bertauliah akan bantu anda melihat keindahan dasar laut Cancun Underwater Museum.

Jom nikmati pemandangan Cancun Underwater Museum.

cancun

cancun

cancun

cancun

cancun

cancun