Coklat Toblerone Disahkan Halal, Namun Terima Reaksi Negatif Dari Pengguna Bukan Islam Eropah

toblerone halal
Sumber: Asamboi

Jenama coklat terkenal dari Switzerland, Toblerone mengumumkan sudah menerima status halal yang menunjukkan produk itu telah memenuhi syariah Islam. Namun ia mencetuskan reaksi negatif daripada beberapa pengguna bukan Islam di Eropah.

Segelintir netizen Eropah menyeru untuk memboikot sepenuhnya terhadap coklat Toblerone di media sosial dengan #boycottoblerone setelah mendapati bahawa coklat bar segitiga yang popular itu mempunyai sijil halal.

toblerone halal
Sumber: Planet Radio

Toblerone merupakan salah satu produk coklat syarikat Mondelฤ“z mengesahkan bahawa kilang coklat mereka di Bern telah menerima sijil halal sejak April lalu tetapi tidak mendedahkan lagi kepada umum dan kini baru sahaja mengumumkannya di akhbar Switzerland.

Resepi dalam penghasilan coklat itu bagaimanapun tidak berubah cuma bahannya tidak berunsurkan bahan haram disisi Islam. Meskipun begitu, beberapa pengulas telah menunjukkan reaksi negatif, begitu juga dengan jurucakap Nasionalis Jerman AfD mendakwa coklat tersebut telah meng-‘Islamisasi’ Eropah.

Jurucakap tersebut menulis di sosial media dengan sinis tentang status halal Toblerone,

Islamization does not take place — neither in Germany nor in Europe

It is therefore certainly pure coincidence that the depicted, known chocolate variety is now certified as ‘HALAL.’

Kenyataannya itu mendorong beberapa pengikutnya sama-sama memboikot status halal coklat tersebut.

Badan bukan kerajaan Jabatan Pensijilan Halal Eropah (DHCE) menyatakan kebanyakan syarikat antarabangsa menghasilkan produk mereka mengandungi status halal kerana mereka mahu menjana pendapatan lebih tinggi berikutan penganut agama Islam sudah mencapai 2 bilion di seluruh dunia.

Mengulas terhadap komen-komen buruk daripada netizen, mereka perlu memperluaskan bacaan tentang makna halal kerana status halal ini tidak berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan Islamofobia.

Sementara itu, pasaran halal dunia dianggarkan $430 bilion, dijangka mencecah sekitar $740 bilion pada 2025 – menurut laporan daripada syarikat penyelidikan bebas, Grand View Research.

Sumber: CNN