Dapat RM4,157 Jika Berjaya Sahut Cabaran Bercuti Tanpa Gajet Di Taman Negara Joshua Tree

Cabaran Tanpa Gajet Joshua Tree
Sumber: Pinterest

Zaman sekarang ini, amat sukar jika pergi bercuti tanpa membawa sebarang gajet. Keperluan gajet membantu memudahkan percutian dengan lancar di samping dapat merakam memori di telefon pintar atau kamera.

Namun, berbeza pula halnya apabila sebuah syarikat pembekal internet di Amerika Syarikat, SatelliteInternet menawarkan ganjaran lumayan sebanyak AS$1,000 (RM4,157) kepada peserta yang sanggup bercuti dengan syarat tidak membawa sebarang gajet selama dua atau tiga hari di Taman Negara Joshua Tree, California.

Cabaran ini dinamakan Digital Detox Challenge, hanya pada hari terakhir cabaran sahaja peserta dibenarkan menggunakan gajet untuk menceritakan pengalaman.

Cabaran Tanpa Gajet Joshua Tree
Sumber: Travel Freak

Mereka yang bertuah akan diumumkan pada 26 Ogos ini berdasarkan permohonan yang diterima di laman web syarikat itu dan akan ditempatkan di sebuah lokasi Airbnb yang dilengkapi kemudahan seperti penyaman udara dan juga kolam renang.

“Peserta boleh menggunakan kesempatan ini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menikmati keindahan alam, membaca buku, meditasi, bersantai atau memerhati keindahan bintang tanpa menghadap sebarang gajet,” kata syarikat terbabit.

Kedengaran seperti mudah sahaja bukan? Tetapi cabaran ini hanyalah untuk penduduk Amerika Syarikat sahaja memandangkan kajian menunjukkan bahawa purata penduduk di sana meluangkan masa selama 11jam terhadap penggunaan gajet.

Sumber: SatelliteInternet

 

Nak makan pun sayang sebab cantik sangat!

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.