Dapatkan KyoChon 1991 Bernilai RM696 Secara Percuma Dengan FavePAY

Kyochon 1991
Sumber: Kyochon 1991

Jenama restoran makanan KyoChon 1991 semakin dikenali di Malaysia. Menjanjikan kepuasan, KyoChon 1991 sentiasa berusaha menyediakan makanan segar, sihat dan menggunakan 100% bahan semulajadi dalam hidangannya.

Harga untuk setiap hidangan yang boleh tahan mahal menjadikan premis restoran ini hanya dikunjungi beberapa kali sahaja dalam setahun. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan kita sedikit ‘berkira’ untuk berbelanja mahal.

Kyochon 1991
Sumber: Kyochon 1991

Tapi dengan promosi terbaru dari FavePAY, anda boleh nikmati hidangan KyoChon 1991 bernilai RM696 secara percuma sehingga 31 Disember 2018 ini dengan cara hanya perlu redeem 15 baucar yang diberikan.

Macam mana nak redeem? Senang sahaja. Ikut langkah seperti di bawah:

1. Lakukan pembayaran minimum RM100 dengan menggunakan aplikasi FavePAY di cawangan KyoChon 1991.

2. Pergi ke ruangan My Voucher untuk melihat semua baucar yang tersedia.

3. Klik setiap baucar untuk lihat tawaran yang diterima dan tarikh sah penawaran.

4. Swipe untuk redeem baucar anda di cawangan KyoChon 1991.

Tawaran ini tertakluk pada terma dan syarat yang berikut:

1. Sah sehingga 31 Disember 2018.

2. Perbelanjaan minimum RM100 dikira berdasarkan kepada jumlah bayaran yang perlu dibayar (tidak termasuk promosi atau cashback).

3. Loyalty stamp untuk pembelian atas RM60 masih boleh didapati melalui tawaran ini.

4. Jika transaksi dibatalkan, pelanggan tidak akan menerima baucar-baucar berkenaan.

Kyochon 1991

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan pembayaran secara FavePAY, anda boleh nikmati pulangan wang atau cashback yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda kembali.

Oh ya, jangan lupa masukkan kod promo dari kami iaitu ‘FAVEKITEMEDIA‘ untuk dapatkan potongan RM5 lagi dengan pembelian pertama anda dengan menggunakan FavePAY.