‘Dark, Quiet And Cold’ Tema Jibril, Bar Halal Di SS15

Jibril SS15

Kalau anda individu yang gemar makan dalam suasana gelap, ini memang tempat yang sesuai anda lawati. Kalau anda teringin nak makan seorang diri tapi segan sebab suasana yang cerah, haaa datanglah ke Jibril.

Dengar nama pun dah dapat rasa aura restoran ini yang lain macam kan?

Diberikan nama Jibril sempena memperingati drama Jibril yang diterbitkan pada tahun 2013 melibatkan dua pengasasnya; Imran Sheik sebagai pengarah dan Akmyr Ahmad, salah seorang pelakon.

Many did ask. Is that poster you see everywhere now, related to #JibrilSS15? The answer is YES! Our cafe was named…

Posted by Jibril on Tuesday, October 16, 2018

Bertempat di SS15 Subang, Jibril mula beroperasi pada 2015 menyediakan makanan dan minuman yang disediakan khas dari pakar. Sambil menikmati makanan, para pelanggan akan dihiburkan dengan hiburan prohibition-era yang mempunyai nilai nostalgia zaman klasik.

Boleh dijadikan sebagai tempat untuk anda melarikan diri daripada ‘dunia sebenar’, Jibril juga dikenali sebagai bar halal; menyediakan cocktail dan moktail tanpa campuran alkohol.

Ramai yang mengeluh apabila sudah sampai ke lokasi mengikut Waze, tetapi kelibat Jibrilnya tidak kelihatan. Yang nampak hanya Sangkaya sahaja. Jangan risau, Jibril tidak dipindah lokasi atau pun anda digame oleh Waze.

Anda boleh bertanyakan kepada staf Sangkaya berkenaan dengan lokasi Jibril. Dan dengan baik hati mereka akan tunjukkan pintu yang terselindung di bahagian dinding batu bata berhampiran Sangkaya. Misteri sungguh! Terasa ala-ala Harry Potter pula.

Masuk sahaja bahagian dalam Jibril, memang cool habis. Siapa yang ada panic attack, sila hati-hati ya. Bersesuaian dengan tema ‘dark, quiet and cold’, dekorasi dalaman bar ini kebanyakannya mempunyai elemen klasik dan misteri.

Jibril SS15

Jibril SS15

Menyediakan pelbagai menu makanan dan minuman, yang paling menjadi perhatian di Jibril ialah Salted Egg Butter Chicken yang dihidangkan bersama sos signature mereka. Ayam yang disalut tepung kemudiannya digoreng rangup memang enak kalau dimakan panas-panas.

Kalau dari segi minuman pula, ada bermacam-macam pilihan. Lihat menu minuman Jibril seperti di bawah.

Jibril SS15

Turut menyediakan hidangan manis sebagai pencuci mulut, di Jibril anda boleh memesan beberapa hidangan pembuka selera seperti French Fries, Chili Con Carne dan BBQ Chicken Wings sebelum meneruskan kepada main dish pilihan dari Asia atau Barat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Jibril atau di Facebook Jibril SS15.

Waktu operasi:

Isnin hingga Khamis: 12pm – 12am
Jumaat: 2.30pm – 12am
Sabtu dan Ahad: 12pm-12am

Lokasi: 25, Jalan SS15/4B, Subang Jaya, Selangor.

Nombor telefon: 010-245 8056

Emel: [email protected]