Dato’ Sri Najib ‘Lepak’ Di Gerai Murtabak Deris

Gerai Murtabak Deris
Sumber: Facebook KayResh KR SuperDry

Piala AFF (ASEAN Football Federation Championship) yang berlangsung pada 24 November 2018 menyaksikan Malaysia menentang Myanmar di Stadium Bukit Jalilm Kuala lumpur. Rakyat Malaysia tidak kira yang ‘gila’ bola atau pun tidak, semuanya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini sehingga tiket yang terjual dikatakan melebihi 62,307!

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Najib Razak turut tidak melepaskan peluang untuk menonton Piala AFF ini walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai Ahli Parlimen di Pekan Pahang. Namun yang menarik perhatian kami ialah hantaran satu kicauan (tweet) di laman Twitternya semasa menonton; martabak besar dan sedap di Gerai Murtabak Deris.

Meluangkan masa di gerai makan Murtabak Deris di Pekan malam ini. Kebetulan di televisyen Malaysia menentang Myanmar. Kekalkan momentum. Ayuh Harimau Malaya! #AFFSuzukiCup18

Posted by Najib Razak on Saturday, November 24, 2018

Posted by Deris Pekan Best Murtabak on Sunday, November 25, 2018

Dengan saiz hidangan yang besar, ditambah pula isi yang tebal, martabak ini memang wajib dicuba jika anda berada di Pekan, Pahang! Ada pelanggan yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk makan martabak harga mampu milik Pak Deris ini.

Gerai Murtabak Deris
Sumber: Dato’ Rozaini Rosdin

Lokasinya yang terletak di belakang Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), anda boleh berhubung dengan pemilik kedai ini menerusi laman Facebook di sini untuk maklumat lanjut.

Kalau Dato’ Sri cakap martabak ini sedap, memang sedaplah agaknya. Anda tak nak cuba?