Dipermain Agensi Pelancongan, Trip Royal Belum Gadis Ini Binasa

royal belum

Menjadi impian semua traveler untuk alami pengembaraan menarik selepas betul-betul merancang dan membuat persiapan rapi terutamanya terhadap diri serta kewangan. Namun, ada kalanya langit memang tidak selalunya cerah. Ada halangan yang sentiasa menguji diri traveler sepanjang perjalanan.

Jika halangan itu adalah bersifat tidak dapat dielakkan, mungkin kita boleh terima. Tetapi, sekiranya halangan itu berpunca daripada sikap segelintir pihak yang acuh tidak acuh menjalankan tanggungjawab, memang boleh memberikan kesan buruk terutamanya kepada emosi kita.

Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter bernama Syahirah ketika beliau dan rakan-rakan lain dalam pengembaraan ke Royal Belum untuk melihat keindahan alam di sana. Apa yang terjadi kepada beliau? Mari kita ikuti bebenang di bawah.

Dah almost two weeks balik dari Royal Belum dengan perasaan sedih, marah, dan kecewa.

Serius sedih spent RM316.16 dapat service macam…

Hari Pertama

I was so excited to go to Royal Belum, after heard lotsa experience from other bloggers about their Royal Belum’s experience. Isn’t that awesome if you can overnight in a boathouse, in the middle of the big lake that full of mystery and history behinds it?

This nature heritage forest is goddamn almost 200 millions years old based on what I read on UNESCO’s website!

Look at the excited faces and smiles. Yes, Royal Belum is damn beautiful in its own way.

BUT — the nightmare begins. Guess what happened?

royal belum

We paid RM316.16 each per pax for this trip and 32 pax all of us in one group. Based on the tentative, we gonna spend two days one night, and other than water activities, we going to visit 2 waterfalls, and also Kampung Orang Asli. Exciting right?

Few mins later…..

First thought, “How to get into the houseboat? Why not properly park at the jetty on the right side?”.

Rupanya kena redah rumah sampah dan menuruni bukit curam dan licin, meniti laluan kayu halus sebelum sampai. Fuh, mencabar! Takpe sikit je ni.

The houseboat was HUGE! Bersih, selesa, ada 4 rooms kat tingkat atas for us to stay, ruang legar luas untuk lepak. Towel, tilam, bantal disediakan. Toilet bersih, ada karok set, and all. Everything looks so good. Perfect!

royal belum

royal belum

royal belum

royal belum

Masa ni houseboat pun bertolak on time! Menikmatilah kami pemandangan yang indah Royal Belum. Memang excited sebab suka masuk hutan, tanpa gangguan telefon, atau internet. Dah membayangkan nak stargazing tengok langit waktu malam. Memang betul bercinta dengan alam semulajadi.

royal belum

Cuaca Alhamdulillah cerah dan ok pagi tu. Mengikut tentative, kami akan lunch dulu atas boat, sebelum kami melawat Kampung Orang Asli dalam Royal Belum ni.

Tapi…..jeng jeng jeng. Inilah permulaannya.

royal belum

We had our lunch a bit late than scheduled. Around 1 pm. Masa ni aku husnuzon je, oh takde hal kot. Sempat kot catchup semua plan dalam tentative.

royal belum

Then I felt like the houseboat a bit slow and makin slow after that. Okay, one of the engine not functioning rupanya. Delayed a bit on that.

Dalam hati aku masih berharap ke Kampung Orang Asli. Yela suku kaum Jahai di Royal Belum ni takde kat tempat lain.

Guess what?

Visit Kampung Orang Asli — CANCELLED!

Katanya tak sempat. Maybe pergi hari kedua pagi-pagi. Merenunglah 1 bag teddy bear, beg sekolah, dan baju aku bawak nak bagi kat orang asli.

Maka, tentative diteruskan dengan melawat Air Terjun Ko’oi.

Malangnya, cuma ada 2 buah speedboat disediakan. Katanya kami kena tunggu. Masa ni semua blur dah lah takde inform or brief pun berapa jam perjalanan ke apa ke. Kami tunggu dari jam 2:03 pm hinggggaaaaalah naik boat akhirnya pada jam 4:24 pm! Tak caya? Boleh tengok masa kat gambar.

2 jam 21 minit kami menanti tanpa inform apa-apa. Masa tu ada 13 orang takde boat nak ke Ko’oi. So kami semua menanti la situ macam orang gila. Malangnya cuma 1 boat muncul, dan cuma 8 orang lepas ke Ko’oi. 5 orang terpaksa berkorban tinggal di houseboat.

Bayangkan, orang boat tu cakap kat 5 orang yang kena tinggal tu:

Takpe tak cantik mana pun Ko’oi tu. Tak pergi pun takpe. Esok punya kat Ruok lagi cantik”.

1. Everyone paid the same amount. Semua ada hak dapat apa yang diorang bayar.

2. How unprofessional you are to talk like that?

5:00 pm.

After 35 minutes we reached at the kaki bukit tu sebelum hiking/trekking pulak naik ke Ko’oi Waterfall. Since 2 speedboat yang awal tu dah gerak dulu, diorang dah lama sampai so diorang naik dulu.

Kami berlapan ni terhegeh-hegehlah baru sampai dah lewat petang.

royal belum

royal belum

royal belum

royal belum

20 minutes trekking and finally we reached Ko’oi Waterfall at 5:20 pm. Cantik kot waterfall ni! Macam mana orang tu cakap tak cantik tadi?

Tapi sebab time management huru hara, 5:45 pm kami dah turun. Sobs. Trip celup kaki namanya ni. @taufiqhelios betul-betul pissed off pasal boat ni.

royal belum

royal belum

royal belum

royal belum

Dan menjelang 6 pm tu kami pun pulanglah semula ke houseboat masing-masing. Aku naik boat paling awal masa ni sebab aku taknak kena tunggu lama lagi! Hahahahahaha.

royal belum

royal belum

Tiba di houseboat, aku tengok yang kena tinggal 5 orang tadi sedang bermain di atas tasik. Berakit-rakitlah aktiviti.

Cian yang tak dapat pergi. Last-last siapa sampai awal masa tu pun joinlah sekali.

Kami 32 pax. Takkanlah diorang tak boleh manage or think about how many boat needed to cater all 32 pax. Kalau tak cukup boat pun maybe boleh arrange masa properly?

Sad things is, mereka taknak mintak maaf sebaliknya salahkan boatman Orang Asli. Katanya orang asli salah.

Tapi serious talk petang tu aku pun bersangka buruk pada Orang Asli tu. Hahahaha. Maaf Tok! Maaf!

Rupanya kes boat petang tu tak sampai disitu sahaja. TIDAK!

Malam tu ada BBQ. Semua dah penat trekking macam orang gila, celup kaki je kat Ko’oi, kasut aku pun dah ranap teruk petang tu, kes tunggu boat lagi.

Malam tu semua makan sepuas hati. Tapi tulah, semua makanan dari siang sampai malam tawar. Kurang garam. Jimat garam kot?

royal belum

royal belum

royal belum

But its ok. Ayam bakar sedap. Ikan bakar pun seorang satu. Puas. Malam tu kami dijanjikan dengan aktiviti dengar storytelling about Royal Belum & bergelap tanpa lampu dan sebagainya untuk stargazing atau dengar suara haiwan dalam hutan. Menghayati suasanalah.

Tapi…….NO! takde.

Malam tu, diorang pasang movie sambil kami makan.

Chilllah semua. Tapi filem pun filem lama, semua jadi bosan lepas makan takde aktiviti. Last-last takde pun storytelling ke apa. Alasan, sebab semua macam tengok TVlah penatlah. Errrr.

I end up sleeping at 10 pm sebab bosan.

Ada few je below 10 pax tinggal kat level bawah main game and all. Lain semua dah tak kuasa layan perasaan bosan maka semua lena dibuai mimpi je.

Trip makan, tidur, tunggu, kan memang macam ni.

Hari Kedua

Hari kedua sedikit mendung. Masa ni aku dah kemurungan menanti apakah nasib hari kedua kami. Sobs. Tapi aku bangun awal ok! Awal gila sebab diorang janji nak pergi Kampung Orang Asli pagi buta sesudah sarapan!

royal belum

Sarapan pagi tu sedikit western. Aku makan laju-laju dengan harapan cepatlah pergi Kampung Orang Asli. Sebab dijanjikan 3 pm dah nak gerak balik. Sempat ke?

royal belum

royal belum

royal belum

So breakfast 7:33 am sampailah around 8:30 am. Lepas tu krik krik. Jam 9:35 am aku masih menunggu macam ni je.

royal belum

Sehingga jam 10 am macam tu kami masih di situ. Nampaknya TAKDE VISIT KE KAMPUNG ORANG ASLI. Dahlah tak inform cancel ke apa. Punah harapan. Bebudak ni pun terjunlah dalam tasik untuk buang masa yang bosan.

royal belum

Tahu tak? Konon janji nak ke kampung orang asli pagi tulah apa takde! Lepas tu ikut tentative , pagi tu pergi Ruok Waterfall around 10:30 am. Tapi, waktu gambar ni diambil jam 12:38 pm , kami masih tercongok atas houseboat merebung nasib dipermainkan ni.

royal belum

Dah cakapkan trip kami ni jadi trip makan, tidur, menunggu? Hah, tetibe time dah tunggu lama sampai berjanggut, ehhh dah waktu lunch?

Kami lunch jam 1 pm.

royal belum

royal belum

royal belum

Masa ni aku berharap houseboat ni terus balik jetty je. Dah drag masa lama gila setannn. Aku dahlah kena arrived di Kuala Kangsar or Pekan Grik before 6 pm kejar bas sebelum ke Penang sebab kerja. Namun, semuanya harapan.

Dijanjikan jam 3 petang kot sampai jetty! Pleassssselah. Boleh tak tetibe jam 2 petang aku tengah terbaring macam ni lagi?

royal belum

Dan mereka insist nak ke Ruok Waterfall jugak rupanya lepas lunch tu. Nak jugak bawak. Alasannya, tak pergi pagi tu sebab dia kata pagi mesti ramai tourist lain.

LOL WHUT?

Tapi masalah sama berulang kembali. BOAT TAK CUKUP!

Jam 3 baru kami dapat boat. Dan masalah baru muncul!!!

Boat rosak, dan kami stranded di tengah tasik out of nowhere. Jauh jugak dari boathouse. Damn!! Guide yang ada tak membantu. Dia tak buat pape. Orang Asli boatman tu berusaha untuk start enjin.

royal belum

Seorang tolong cedok air yang nak dan banyak masuk boat, lagi dua orang cuba untuk dayung boat rosak tu guna kayu berat alas tempat duduk.

Tapi semua tak panik. Semua bekerjasama. Slow-slow kami kayuh ke boathouse semula.

Nak dekat sampai ke boathouse, ada boat lalu, tarik kami ke boathouse. Sampai situ kami naik boat yang selamatkan kami tu untuk ke Ruok.

Huuuy sebenarnya dah berbelah bagi masa ni. Sedih. Kecewa. Semua ada. Dah delayed lama sangat masa. Aku nak kejar bas.

Kami tiba jam 4:30 petang di Ruok Waterfall akhirnya selepas meredah selut dan pelbagai lagi. Tapi kecewa sebab group satu lagi siap tour pergi tengok rafflesia, and mandi manda. Kami sampai diorang tak layan request nak tengok rafflesia.

Lagi aku geram, kata Ruok lagi cantik dari Ko’oi?

royal belum

royal belum

Dapatlah tengok bunga rafflesia tak kembang lagi dari phone kawan-kawan yang dapat naik atas tengok.

Sobs. Bayar mahal trip, untuk tengok view through phone kaedahnya.

royal belum

Tak sempat enjoy, celup kaki kejap dah kena balik. Sebelum jam 5 petang dah keluar. Katanya tak boleh duduk dalam hutan after 5 pm.

Yelah trip celup kaki je kan…. Tapi again… masalah masalah.

Kami tersadai lagi. Masalah boat takdekan. Haha. Tersadai sampai ke sudah. Jam 6 pmlebih baru dapat boat nak ke boathouse. GILELAH JAM BERAPA NAK BALIK CETAN?

royal belum

Kami tiba di jetty jam 8:05 pm masa gambar ni diambil. Masa nampak cahaya jetty dari jauh tu semua tarik nafas lega. Gila kot. Jadah apa dah malam macam ni baru nak balik?

Aku terlepas bas. Masa ni serabut fikir nak ke Penang macam mana kalau 8 pm stuck dalam Royal Belum lagi?

royal belum

Tahu tak benda lagi best? Houseboat tu ada next guest selepas group kami. And the guests waiting since 4 pm! Yelah kami dijadualkan balik jam 3 pm. Logiklah dia datang 4 pm nak load masuk selepas tu kan? Sian wey. 4 jam tunggu macam tu kat jetty.

1. Time Management – Teruk. Tak ikut tentative sendiri yang dia provide. Apa benda?

2. Logistic Management – dah tahu ada 32 pax tak arrange hal boat betul-betul. Time tulah minyak takdelah enjin rosaklah. Siap ada seorang pergi jetty cari minyak.

3. Parking Houseboat – jauh dari tempat nak visit. Padahal banyak je boathouse lain yang jauh lagi ke depan. Nak jugak park kat tepi bukit ada pencawang dengan alasan senang nak ada line telefon & internet. Ye, semua nak masuk hutan main Instagram ke?

4. Unprofessional – main-mainkan kami. Cara percakapan takde maaf apa semua sepanjang atas houseboat. Buat main macam kami budak-budak lagi. Siap suruh aku viralkan isu ni tapi salahkan orang asli bawak boat. WHAT?

Malam tu kami sampai jetty, aku bergegas suruh kawan drive ke Padang Rengas untuk catchup train terakhir ke Penang. Malangnya last train 9:54 pm. Kami sampai 10:30 pm. Terpaksa stranded 1 more night at Kuala Kangsar.

YOU COST ME MORE BECAUSE OF THE SUCK MANAGEMENT!

Dan akhirnya esok bagi aku macam amazing race ke Penang untuk kerja. Kawan-kawan lain bergegas balik KL malam tu jugak sebab ada yang kena kerja seawal jam 8 pagi.

Sedih. Marah. Kecewa.

Mixed feeling dengan provider servis Royal Belum Boathouse tu. Nak tahu siapa boleh PM.

So pengajaran kat sini, biarlah hebat mana pun nama provider tu, banyak clients, gebang sana sini buat event banyak.

Tapi kalau bagi servis taik macam ni, memang tetap taik.

Untuk cerita atau pengalaman dari ahli trip lain bolehlah tanya @taufiqhelios atau @pumaterbang. Hahahahahhahaha! Masing-masing dah lepas geram aritu. Aku je baru buat thread.

Tapi dengan segala kekalutan, di Air Terjun Ruok, group kami sempat #BelumSarong dalam air. Sempena masing-masing tak dapat ke #KeretapiSarong18 tahun ni di tarikh yang sama.

Tahun depan kita pergi Keretapi Sarong jelah ok? Tak payah pergi trip hahaha.

royal belum

Jadi, apa pandangan anda? Yang penting, elakkan diri daripada dipermain dengan agensi sebegini. Laporkan kepada pihak berwajib agar mereka dikenakan tindakan undang-undang yang berat.