Diskaun 70% Untuk Tiket AirAsia Sehingga Akhir Oktober!

AirAsia

Destinasi menarik dengan tambang lebih rendah menanti anda untuk percutian akhir tahun 2018 dan percutian awal tahun 2019 dengan AirAsia!

AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus untuk semua destinasi dari 15 Oktober 2018 (0001h GMT +8) hingga 28 Oktober 2018 (2400 GMT +8). Tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.

Menurut Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo, percutian akhir tahun sentiasa menjadi pilihan untuk semua. Justeru, AirAsia mengalu-alukan musim percutian dengan menawarkan lebih diskaun ke atas tambang rendah mereka. Terdapat lebih daripada 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk diterokai oleh para pengguna. Ahli AirAsia BIG dapat menikmati lebih banyak faedah seperti diskaun segera apabila mereka menempah terus di airasia.com dan aplikasi mudah alih mereka. Untuk membuat tempahan dengan lebih cepat dan lebih mudah, simpan butiran kad anda dan bayar dengan hanya satu klik menerusi BigClick. Ahli BigPay pula boleh menikmati yuran pemprosesan sifar dan lebih banyak faedah apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.

Para tetamu boleh menikmati tambang lebih rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi.

AirAsia juga kini memperkenalkan hidangan terbaru iaitu Ayam Panggang dengan Sos Pesto Berkrim yang kini boleh didapati di dalam penerbangan. Nikmatilah ayam panggang dengan sos pesto berkrim segar, kentang putar bermentega dan sayur campur, yang sesuai untuk dinikmati pada setiap masa. Para penumpang digalakkan untuk membuat pra-tempahan hidangan combo yang disertakan dengan minuman dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia (kod penerbangan AK) dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X (kod penerbangan D7) di semua destinasi AirAsia*.

Para penumpang yang akan membuat perjalanan di musim percutian ini dinasihatkan untuk tiba di lapangan terbang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan, dan menggunakan perkhidmatan daftar masuk melalui laman web dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan mereka. Perkhidmatan tersebut boleh didapati 14 hari dan sehingga 1 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.

Bagi para penumpang yang mempunyai bagasi daftar masuk, mereka dinasihatkan untuk tiba lebih awal untuk memastikan mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar masuk bagasi mereka sebelum ke pintu masuk. Kaunter daftar masuk di KLIA2 bagi kedua-dua penerbangan antarabangsa dan domestik akan ditutup enam puluh (60) minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

*Tawaran tidak tersedia untuk penerbangan AirAsia India kod penerbangan I5) dan AirAsia Japan (kod penerbangan DJ).