Dunkin’ Donuts Lancarkan Minuman Kopi Espresso Dalam Tin

dunkin' donuts shot in the dark

Dunkin’ Donuts Amerika Syarikat telah melancarkan minuman kopi espresso dalam tin mereka yang diberi nama ‘Shot in the Dark’.

Dua tahun sebelum ini, Dunkin’ Donut telah melancarkan minuman kopi ais dalam botol mereka yang pertama. Menjadikan minuman dalam tin ini keluaran kedua produk francais donut dan kopi ini.

Kopi espresso ‘Shot in the Dark’ hadir dengan tiga perasa gula dan krim iaitu, karamel, mocha dan vanila. Ini antara minuman yang sesuai untuk mulakan hari anda. Setiap tin mengandungi 80 kalori.

Buat masa ini ‘Shot in the Dark’ hanya terdapat di beberapa lokasi runcit di Amerika Syarikat dengan harga USD$2.49 untuk satu tin. Dunkin’ Donuts dipercayai mempunyai perancangan untuk meluaskan pasaran produk ini ke kedai serbaneka dan pasaraya di Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Sumber: sheknows