Durian Musang King Turun Separuh Harga Akibat Koronavirus

Durian Musang King Turun Koronavirus
Sumber: vksong

Mungkin inilah masanya untuk membeli durian Musang King dengan aman apabila harganya turun antara 20 hinga 50 peratus akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut salah seorang peniaga durian di Georgetown Pulau Pinang, harga 1 kilogram durian jenis Musang King boleh didapati antara RM24 dan RM33 sahaja berbanding RM55 sebelum ini.

Katanya, mereka menghadapi cabaran akibat penularan Covid-19 ini. Jumlah eksport turut menurun sehingga 70 peratus selepas Tahun Baharu Cina yang mana China merupakan pasaran eksport terbesar mereka.

Durian Musang King Turun Koronavirus
Sumber: myPenang

Turut terpalit apabila penangguhan perjalanan para pelancong yang bimbang dengan penularan wabak itu menyebabkan perniagaan bertambah perlahan.

Jumpa pelancong yang datang untuk merasai buah durian turun sehingga 50 peratus yang mana kebanyakannya dari China, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan penumpang kapal layar.

Bagaimanapun, sukar untuk dijangkakan sama ada harga durian di Pulau Pinang akan terus menjunam atau tidak kerana ia bergantung kepada permintaan pasaran.

Sumber: The Star