Enggan Tarik Larangan Kemasukan Atlet Israel, IPC Lucut Hak Malaysia Sebagai Tuan Rumah

Sumber: Utusan Online

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 susulan daripada tindakan tegas Perdana Menteri yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada bertanding.

BACA: Jalur Gemilang Megah Berkibar Di Gaza, Tanda Penghargaan Larangan Kemasukan Atlet Israel

Keputusan yang diputuskan melalui mesyuarat di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan bahawa perenang para Israel boleh menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.

IPC Tarik Hak Penganjuran Malaysia

Presiden IPC mendakwa pihak mereka tiada pilihan lain kecuali mencari tuan rumah baharu sekiranya tuan rumah yang dipilih tidak membenarkan kemasukkan atlet dari negara tertentu atas alasan politik.

Tindakan IPC ini tetap tidak berjaya menggoyahkan keputusan Perdana Menteri yang kuat menolak kewujudan Israel sebagai sebuah negara malah pernah mempersilakan jika IPC mahu menarik semula anjurannya.

Bukan pertama kali mengenakan larangan sedemikian, Malaysia pernah melarang penyertaan pemain bola sepak Chelsea yang berasal dari Israel, Yossi Benayoun bagi perlawanan persahabatan di Malaysia pada tahun 2011.

IPC Tarik Hak Penganjuran Malaysia

Jika dilihat secara ekonomi, penarikan hak penganjuran ini sebenarnya membawa banyak kerugian pada Malaysia. Namun tindakan tegas ini amatlah perlu demi memperlihatkan bahawa Malaysia tidak main-main dan sama sekali tidak akan pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Walaupun didesak dari pelbagai penjuru, keputusan Malaysia sama sekali tidak akan goyah. Malah tindakan tegas Malaysia ini turut disokong oleh semua rakyat Malaysia yang turut dikenali sebagai ‘bawang army’ sehinggakan tanda pagar #standwithPalestine dan #humanrights menghujani ruangan komen di hantaran Facebook Paralympic Games.

IPC mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia kerana walaupun menggunakan tanda pagar #StandUp4HumanRights mereka masih lagi menutup mata mengenai keganasan dan kekejaman secara terang-terangan yang dilakukan Israel kepada Gaza.

Sumber: Berita Harian

Kenapa orang kata Kalavantin Durg berbahaya? Jom tengok sebabnya di paparan video di bawah.

KALAVANTIN DURG – Berbahaya & Mendebarkan

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

KALAVANTIN DURG – Berbahaya & Mendebarkan [#MLFeed]

Terokai perjalanan yang menyesakkan nafas namun menakjubkan ke Kalavantin Durg, kubu paling berbahaya di dunia!

Posted by MakanLena on Thursday, January 3, 2019