ePasport Malaysia Diiktiraf Yang Terbaik Asia

ePasport Malaysia
Sumber: Love Pattaya

ePasport merupakan pasport biometrik yang boleh digunakan di pintu automatik ePasport tanpa memerlukan pemeriksaan daripada pegawai Imigresen. Dengan menggunakan cip, data sama seperti buku pasport terkandung di dalam ePasport ini.

ePasport Malaysia
Sumber: Forbes

Direka untuk meningkatkan kadar keselamatan data daripada dicuri pihak tidak bertanggungjawab, ePasport boleh menghalang pembacaan storan data daripada dibaca dan diskim oleh pencuri data atas talian.

BACA: Pemohon E-visa Pelancongan Guna Gambar Beruk

Malaysia sebagai negara pertama dunia yang membangun dan memperkenalkan sistem ePasport ini pada 1998 telah melancarkan versi baru pada November 2017 telah menerima pengiktirafan oleh semasa Persidangan Pencetakan Keselamatan Tinggi Global Asia 2018.

Menerima pengiktirafan dalam Anugerah Dokumen Pengenalan Diri Serantau Terbaik di Hanoi, Vietnam, ePasport Malaysia dikagumi dengan kecanggihan teknikalnya. Merupakan kerjasama pihak Datasonic Group Berhad dengan anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd sentiasa menggalakkan yang terbaik untuk sistem infrastruktur pelaksanaan pengenalan diri rakyat Malaysia.

Antara inovasi yang dilakukan pada ePasport Malaysia ialah kedudukan cip yang berbeza; sebelum ini di bahagian kulit belakang ditukarkan ke hadapan supaya penyukaran pemalsuan maklumat dapat dielakkan dan memudahkan proses pembacaan data.

Dengan adanya sistem ePasport, keselamatan data dapat dijamin selain daripada dapat menjimatkan masa kerana sudah tidak perlu beratur di barisan kaunter pemeriksaan pihak imigresen.

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen