FatPapas, Tawar ‘Daging’ Burger Berasaskan Tumbuhan

FatPapas Burger Tumbuhan

FatPapas merupakan sebuah restoran burger terletak di Singapura dengan rangkaian burger terkenal FatBoy’s versi halal bagi memenuhi kehendak selera muslim dan pencinta daging seluruh negara yang diusahakan oleh penyanyi rap terkemuka Singapura, Sheikh Haikel.

Baru-baru ini, restoran ini telah melancarkan menu baharu yang dikenali sebagai Impossible Menu dengan menampilkan empat hidangan berbeza berasaskan tumbuhan.

Ya, mereka telah melancarkan menu yang sepatutnya berasaskan produk daging tetapi diolah daripada tumbuhan. Ini juga merupakan restoran burger pertama di Asia yang menghidangkan menu berasakan tumbuhan; tidak mengandungi gluten dan hormon haiwan.

FatPapas Burger Tumbuhan
Sumber: IG FatPapas

Impossible Menu itu menampilkan Impossible Cheese Burger, Impossible Cottage Pie dan Impossible Meatball Spaghetti (semuanya pada harga S$18), serta Impossible Chili Queso and Chips (S$15.50).

Berani melancarkan menu seperti ini adalah disebabkan ingin mengurangkan permintaan daging lembu di seluruh dunia dan menjadikan patti daripada tumbuhan sebagai ‘makanan masa hadapan’.

Kini, anda boleh mendapatkan menu tersebut di keempat-empat cawangan seluruh Singapura. FatPapas juga ada cawangannya di Malaysia iaitu di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur tetapi jika mahu mencuba menu tersebut, disarankan ke Singapura.

Sumber: CNA Lifestyle