FHM 2019, Pameran Himpunan Industri Makanan Dan Perhotelan

Pameran FHM 2019

Tertanya-tanya berapa bayakkah industri makanan dan perhotelan yang ada di Malaysia ini? Anda boleh mendapat jawapannya di Pameran Hotel dan Makanan Malaysia 2019 (FHM 2019).

Pameran yang menjadi platform rujukan bagi pembangunan industri makanan dan perhotelan berkualiti di peringkat global ini sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama empat hari bermula 24 hingga 27 September ini.

Acara yang berlangsung itu telah dirasmikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. FHM 2019 menawarkan akses secara terus kepada pelanggan dari pelbagai bidang seperti perhotelan, restoran dan perkhidmatan makanan.

Pameran FHM 2019
Sumber: MSM Kitchen

Pameran FHM 2019

Pameran FHM 2019

Di sini, anda dapat melihat produk-produk terkenal yang dipasarkan dari Malaysia mahupun luar negara seperti Singapura, Thailand, Jepun, Turki, Belgium, Taiwan, Korea Selatan, China dan banyak lagi yang mengambil bahagian dalam pameran dwi tahunan ini.

Setiap reruai di pameran ini, masing-masing melakukan aktiviti seperti demontrasi masakan, produk jualan, seminar teknikal, cabutan bertuah dan anda juga berpeluang mencuba makanan secara percuma.

Pengunjung dapat mencuba pelbagai sampel makanan setiap produk yang terlibat sama ada dari Malaysia mahupun luar negara seperti pastri, kek, makanan proses, coklat, makanan laut, snek, pelbagai perisa minuman dan kopi serta banyak lagi.

Pameran FHM 2019

Bagi anda yang menceburi bidang perkhidmatan makanan dan perhotelan, pameran ini sangat digalakkan untuk pergi kerana ia satu-satunya platform menawarkan akses secara terus kepada pelanggan dari pelbagai bidang seperti perhotelan, restoran dan perkhidmatan makanan. Orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan suasana pameran ini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke FHM 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre sehingga 27 September ini. Layari laman foodandhotel untuk maklumat lanjut di pautan ini.