Gadis Ini Kongsi Tip Sambal Bilis Lebih Padu Cara Ibunya

Sambal bilis dengan rakyat Malaysia adalah seperkara yang tidak boleh dipisahkan. Boleh dimakan bersama nasi lemak atau pun dijadikan hidangan pencicah kepada roti, sambal bilis selalu dimasak mengikut tahap kepedasan masing-masing.

Begitu juga dengan cara penyediaannya. Ada individu yang mempunyai resipi sendiri dalam memastikan sambal bilis mereka lebih padu, piau dan dengan beberapa tip mudah yang sudah diamalkan sejak beberapa generasi.

Tip Sambal Bilis Sedap 2

Seorang wanita, Izu Akma berkongsikan mengenai tip sambal bilis hasil air tangan ibunya yang sentiasa padu dan tersangatlah sedap.

1. Bawang putih dan bawang merah dikisarkan bersama ikan bilis sebagai pes utama.

2. Tumis cili kering sebanyak lima kali.

3. Letakkan sedikit belacan bakar.

4. Masukkan gula merah atau gula kabung.

5. Masukkan sedikit asam keping dan daun pandan untuk menambah keharuman sambal bilis.

DAN tip akhir yang paling penting:

6. Masukkan biskut kering seperti biskut Marie, biskut kering jenama Hup Seng atau pun biskut Jacob sebagai pemekat kuah dan penyedap.

Tip Sambal Bilis Sedap

Yang kaki sambal, rugi kalau tak cuba tip resipi sambal bilis tradisi ini. Walaupun tanpa menggunakan bahan pengawet MSG, rasa sambal bilis anda tetap sedap memukau selera.

Selamat mencuba!

Sumber: Izu Akma

Hebat tak hebat Cef Amaury punya kemahiran.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.