Gadis Ini Kongsikan Cara Kembara Ke Hat Yai, Thailand Dengan Bermodalkan RM200 Untuk 2 Orang

hatyai thailand

Anda pernah melancong ke Hat Yai, Thailand sebelum ini? Jika belum, MakanLena nak cerita kepada anda perkongsian daripada seorang gadis yang baru berkahwin dan berjaya melancong ke sana dengan kos yang sangat minimal. Jom ikuti perkongsian beliau melalui bebenang di bawah.

24 Ogos 2018

Thailand kali ni kesinambungan Honeymoon Backpacking Trip kami. Dari Langkawi, sambung pulak ke Hat Yai. Dekat kan alang-alang?

So dari Alor Setar naik komuter ke Padang Besar, RM5.70 seorang. Dua orang RM11.40.

Return cost, RM22.80 untuk 2 pax.

Sampai je kat Padang Besar, ini apa yang korang kena lakukan.

Kami naik Komuter dari Loqstaq jam 7.30am sampai 8.15am.

Terus bergegas untuk beratur ke kaunter tiket train Hat Yai.

Sampai awal pun beratur je! Sebab queue panjang. Tiket 50 Baht / RM7.

Train yang Open Window tu ada 2 waktu je.

Dari Padang Besar ke Hat Yai:
9.55am & 2.40pm (waktu malaysia)

Dari Hat Yai ke Padang Besar:
7.30am & 2.00pm (waktu Thailand)

hatyai thailand

Keluar dari kaunter tiket, terus ke pintu sebelah ambil white card. Better bawak pen sendiri. Kang serabut nak pinjam pen orang pulak!

hatyai thailand

Dah isi white card tu sambil beratur la kat imigresen. Terus beratur untuk Immigration Malaysia, lepas tu beratur lagi untuk cop stamp masuk Thailand di kaunter Immigration Thailand.

hatyai thailand

Total waktu dihabiskan untuk beratur: 3 jam

Train yang sepatutnya bertolak awal, 11am baru dapat masuk.

hatyai thailand

Masuk train, free seating. Kalau masuk awal, boleh cop tempat duduk tepi tingkap sebab open window menarik tengok pemandangan.

hatyai thailand

Kalau yang nak beli simkad, dalam tren ada jual 200 Baht. Tapi orang cakap mahal dari beli kedai tepi jalan. Kami cheapskate so tak beli. Dah save offline maps siap-siap.

Perjalanan dari Padang Besar – Hat Yai cuma 45 minit. Tau-tau je dah sampai! Hahahahahahaha.

hatyai thailand

Dari Hat Yai Station tu terus la berlari menepis segala hasutan pakcik Tuk Tuk. Sebab niat memang nak jalan kaki je dalam Pekan Hat Yai.

Destinasi pertama: Kim Yong Market.

Tempat shopping katanya. Sebab nak check-in awal lagi so kami jalan-jalan dulu.

Kim Yong Market cuma 650 meter dari Hat Yai Station. Sebab malas abes duit untuk Tuk Tuk, kami jalan kaki. Tak jauh pun haih. Tapi niat taknak shopping, and barang pun macam mahal.

So last-last lepak GG Cafe je minum Iced Van Houten Cocoa, 40 Baht hahahahaha!

hatyai thailand

hatyai thailand

Dalam Kim Yong Market tu ada pasar kering & pasar basah. Serabut nak tengok pork merata-rata, tak payah la masuk. Lagipun pasar kering pun macam tak tersusun. Serabut nak shopping. Kasut yang konon kasut Hat Yai ni aku beli kat Kedah lagi murah dari kat Hat Yai. Beza double price!

Ok sebab dah bosan, jam 12.00pm tu kami gerak ke guesthouse yang kami dah booking. Yes, jalan kaki lagi.

Kami booking Get Guesthouse, 500 meter dari Kim Yong Market. Dekat Agoda harga dia RM62. Kami ada voucher Eatigo, redeem untuk Agoda. Bayar RM9.70 je bilik tu after segala rebate.

hatyai thailand

Ok Get Guesthouse ni aku sangat recommended untuk korang stay. Aku sendiri tak sangka room dia sebagus ini. Selain lokasi dekat dengan segala benda, dan bilik penuh barang IKEA, katil dia empuk hoi! Macam hotel. Bantal sampai 4 bijik, comforter tebal.

hatyai thailand

Bilik aircond, ada balkoni, towel disediakan, bukan shared bathroom, air mineral disediakan, water heater, coffee & tea, ada TV with Astro & 55 channels, universal plug so tak payah pakai adapter, ada fridge.

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

Toiletries bagi macam kat hotel, ada hot shower. Bilik & tandas clean. Guesthouse ni ada sediakan rental scooter 300 Baht je untuk 24 jam, and shuttle service ke Central Festival Mall. Dekorasi guesthouse pun cantik dan tenang dalam perumahan haha!

Dah tengah hari tu memang lapar kebuloq la. So kami pi la Kai Tod Daecha yang orang Malaysia selalu suggest dalam blog tu. 850 meter dari Get Guesthouse, hey of course la kami jalan kaki. Tak jauh pun.

Kai Tod Decha / Decha Fried Chicken Restaurant ni, 90% dalam kedai masa aku datang is Malaysian. Kahkah. Kedai ni kau kena ada tahap kesabaran yang tinggi.

1. Seat susah dapat.

2. Makanan tunggu 30 – 40 minit.

hatyai thailand

So kami order: Mixed Tomyam sized kecil (150 Baht), Ayam Goreng (50 Baht), Nasi Putih sepinggan (15 Baht), Bubble Iced Tea yang dah hilang bubble sebab lambat hantar (30 Baht).

Total 245 Baht.

Tapi takpe, sedap hahaha. Tomyam dia penuh khazanah alam. Ayam goreng besar.

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

Jimat sangat ke sampai order 1 set je untuk makan berdua?

1. Aku allergic nasi, dia je makan.
2. Aku tak makan pedas so tomyam tak pelahap sangat.
3. Shafiq minum air masak je, teh ais tak minum.
4. Tomyam dia size kecik pun banyak gila share je la! Ayam pun besar baq hang!

On the way balik dari Decha, dah kenyang tu kami jalan kaki nak balik Get Guesthouse. Tapi, sempat singgah Wonderful Massage Salon ni.

Fullbody Thai Massage 200 Baht je!!!! Sejam. Spa ni dah la ada aircond, WiFi laju. Siap serve teh panas after massage. Laki & perempuan asing room.

hatyai thailand

Balik guesthouse sebab kami kan tak beli simkad. Takde internet nak request Grab ke Klong Hae Floating Market. So, dari guesthouse kami request Grab, 135 Baht je. Around 10 minit sampai dekat je!

Tu dia ramai gila orang hah!

hatyai thailand

hatyai thailand

Dekat Khlong Hae Floating Market ni banyak Muslim berniaga. So tak payah risau sangat. Aku memang target nak melahap je kat sini hahahaha. Baiklah aku nak listkan apa aku beli jap.

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

Thai Kanom Luk Chup – Fruit & Veggie Shaped Mung Beans.

Diperbuat daripada mung beans, gula, santan, dan jelly. Rasa dia manis. Tapi menarik untuk dicuba.

20 Baht je untuk 7 ketul ni.

hatyai thailand

Khanom Kruk – Thai Coconut Pudding.

Ni memang faveret aku la. Pi Thai ka, Laos ka memang aku pelahap benda ni paling banyak. Rasa macam kuih cara gitu. Cuma yang ni dia asingkan gula, hang tabur la banyak mana.

20 Baht jugak.

hatyai thailand

Khai Nok Krata Thod – Thai Fried Quail Egg.

Ala telur burung puyuh tu? Hah. Dia goreng. Haha. Comel kan? Pastu dia tabur white peppers and kicap. Aku muak sampai tak habis.

20 Baht jugak.

Khai Jiao – sejenis omelette ada inti mussels, sotong dan taugeh.

Kenyang makan omelette gini . 30 Baht je pun.

hatyai thailand

Comel kan? Nak beli air dalam bamboo 20 Baht tapi bamboo habis. So aku beli air kelapa dalam cawan Ultraman ni 20 Baht. Ada macam-macam jenis cawan. Refreshing gila air kelapa dia.

hatyai thailand

Pastu beli baby nenas, 25 Baht. Manis gila. Ada yang lagi kecik harga 20 Baht.

hatyai thailand

For dessert makan pulak crepe chocolate ni hah 35 Baht. Amboih makan tak henti kat Khlong Hae Floating Market ni. Lagi banyak dari makan kat Decha sebab street food murah-murah.

hatyai thailand

Ada orang tanya tak pi Khlong Hae Seafood ke yang viral tu? Malas aku serabut habis 300 Baht makan situ. Korang nak makan seafood kat Floating Market ni pun banyak. Pad Thai, Som Tam, Mango Sticky Rice semua ada.

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

Masa ni, dalam hati aku, “apesal la kita habiskan sampai 245 Baht makan kat Decha tadi? Kat Khlong Hae Floating Market ni nilai sama pun macam leh melantak”

Dari 6 petang sampai 8 malam duk sini, makanan pun banyak dah habis terjual. Habis la dalam 170 Baht je untuk makanan. Lepas tu nak balik macam blur sebab takdak internet. Mujur ada budak Malaysia lagi 8 orang nak cari Tuk Tuk. Kami bayar 50 Baht seorag balik town.

hatyai thailand

hatyai thailand

hatyai thailand

On the way balik guesthouse, singgah 7 Eleven. Hahaha! Sebab orang kata kat sini wajib try Meiji tu. Gigih la aku shopping kejap. Total semua ni 64 Baht.

25 Ogos 2018

Pagi tadi, jam 6.30am dah jalan kaki slow-slow ke Hatyai Railway Station.

Naik tren 7.30am takde orang sangat. Tak sesak. Ye, jalan-jalan cari makan je. Tak shopping sebab rasa mahal. Shopping kat Perlis or Kedah lagi murah kahkah. Maybe sebab rate RM dah jatuh. Tiket tren 50 Baht.

hatyai thailand

Aku tak pi Samila Beach sebab malas pi sana semata nak jumpa patung mermaid sikat rambut tepi pantai tu haha. Jauh = costly. Tak pi jugak Asian Bazar malam tu sebab takde niat nak shopping. Elephant Riding pun tak pi sebab tak nak seksa gajah. Sian dia.

So kos semua:

Train Loqstaq – Padang Besar – Hat Yai (return) : RM22.80 & 100 Baht.

Grab & Tuk Tuk: 230 Baht.

Makan minum shop: 519 Baht

Massage: 400 Baht

Hotel: RM9.70 (after rebate)

= 1,249 Baht (RM157.00) + RM32.50
= RM189.50

Balance duit kami ada beli kacang untuk orang kirim hahahahahaha.

hatyai thailand

hatyai thailand

Kesimpulan:

1. Nak jimat banyak jalan kaki. Nak rent scooter pun 300 Baht je sehari. Lagi jimat dari Grab.

2. Aku tak shopping baju ke apa sebab harga kat Padang Besar lagi murah haha! Makan heaven la Hat Yai.

3. Activity banyak boleh try. Mall banyak boleh terjah. Depends budget masing-masing.

Kami dah selalu travel. Pi Hat Yai pun pakai baju Hat Yai beli kat Padang Besar RM15. Hahaha so focus travel selalu bukan shopping. Tapi more to makan & melawat tempat-tempat best.

Next time maybe boleh lajak ke Koh Lipe pulak?

Ada yang butthurt kata aku travel jimat sebab ada voucher. Ok, kos yang aku listkan tu ada balance lagi RM20 kan? Tambah RM10 aku spent hotel tu RM30 – RM40. Kat Agoda bersepah bilik harga RM30 jugak ok! Masih jimat. Jangan malas search. Payah orang Malaysia jenis semua nak bersuap info.

hatyai thailand

Kalau nak bijak berbelanja travel jimat, pandailah find a way to jimat. Earn voucher, redeem. Apps banyak dah.

Kalau kau banyak duit beribu riban nak spend takpe. Aku dari dulu memang backpacking jimat je. Takde backpacking sehari habis RM1,000, duk hotel mewah 5 stars. Takde.

Jap lupa nak add. Get Guesthouse tu ada Bunk Bed. Untuk yang travel bujang, boleh tidur Bunk Bed max 2 pax. 1 room ada 2 katil Bunk Bed. RM44 / 2 orang = RM22 seorang. JIMAT!

Guna Agoda. Banyak instant rebate, and gift card diorang bagi. So akan jadi lebih jimat.

Jadi #PenggunaBijak.

hatyai thailand

Tips percutian murah, apps apa aku selalu guna untuk cari rebate hotel, and travel, itinerary and all banyak aku cerita dalam Blog: http://www.ieyra.com/search/label/travel.

Sorry, yang baru travel to Cambodia – Vietnam, Acheh – Pulau Weh, Luang Prabang, Tokyo, Langkawi, Hat Yai tak sempat update lagi.

DISCLAIMER:

Ini thread untuk trip melantak makan-makan sekitar Pekan Hat Yai je.

BUKAN trip shopping.
BUKAN trip naik gajah seksa haiwan.
BUKAN trip mewah duduk hotel 5 star.
BUKAN untuk anda yang manja nak travel mudah.

Kenal Makcik Yati & anaknya Farah masa kat Hat Yai Railway Station. Sempat jalan-jalan dengan diorang.

Anak dia nak travel seorang, dia tak bagi. So dia follow sesama travel. Sempoi baq hang! Hahahaha. Makcik ni funny masa teman dia shopping kat Padang Besar. Macam-macam nak beli.

hatyai thailand

hatyai thailand

Macam mana? Seronok melihat gadis ini bersama suaminya travel? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh follow beliau di Twitter, Instagram dan Facebook.