Gambar Pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu Mirip Seperti Di Australia

Australia memang terkenal sebagai sebuah negara dikelilingi oleh lautan yang bersih dan cantik. Kebanyakan pelancong yang datang ke Australia adalah kerana mahu melihat keindahan dan kecantikan pulau di sana.

Namun, di Malaysia apa kurangnya. Baru-baru ini tular gambar-gambar keindahan Pantai Seberang Takir di Kuala Terengganu yang mirip sekali dengan pulau yang ada di Australia.

Pualu Seberang Takir terletak di Kampung Seberang Takir, yang mana terletaknya perkampungan nelayan orang Melayu. Di sini juga, adanya rumah-rumah api dan penanda arah sebagai panduan bot dan kapal keluar masuk yang memisahkan bandar Kuala Terengganu dengan muara sungai.

Untuk anda yang belum pernah ke Pantai Seberang Takir, Kuala Terengganu, bolehlah nikmati dahulu gambar di bawah ini.

Pantai Seberang Takir
Sumber: Nasir Ali

Pantai Seberang Takir

Pantai Seberang Takir
Sumber: Twitter @AinunAidaaa
Pantai Seberang Takir
Sumber: Twitter @AinunAidaaa
Pantai Seberang Takir
Sumber: Nasir Ali
Pantai Seberang Takir
Sumber: Unikversiti

Cantik bukan? Kalau tengok pun terasa nyaman, cuba kita pergi ke sana. Berganda-ganda rasa nyamannya.

Tapi jika melawat dan melancong ke pulau atau ke mana-mana sahaja, pastikan anda ada mentaliti untuk menjaga kebersihan awam. Jangan buang sampah merata-rata, jangan rosakkan harta benda awam dan jangan rosakkan hidupan.

Kawan kau orang ada perangai macam ini tak?

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.