Gersang Masturbasi Dalam LRT, Lelaki Ini Akhirnya Ditangkap

rapid KL

Seorang lelaki yang didakwa melakukan masturbasi di dalam LRT di hadapan seorang wanita telah berjaya ditangkap.

RapidKL mengesahkan penangkapan lelaki terbabit oleh pihak polis menerusi status halaman rasmi Facebook penyedia perkhidmatan keretapi tersebut. Tangkapan dibuat di stesen Universiti.

Gambar yang disiarkan di laman Facebook Rapid KL terpapar seorang lelaki dengan wajahnya ditutup dengan tulisan “Ditangkap”.

Suspek yang terlibat dalam video viral gangguan seksual di LRT baru-baru ini telah berjaya ditangkap oleh polis bantuan…

Posted by Rapid KL on Friday, October 26, 2018

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video suspek berdurasi 20 saat “menggerakkan tangan kanannya dengan bersungguh-sungguh di dalam seluarnya” dan berdiri di hadapan seorang wanita.

Mangsa, Aryssa Fahmy, terjumpa rakaman tertuduh di media sosial dan menyiarkannya di laman Facebook peribadi milik beliau.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuju ke tempat kerja. Beliau berasa was-was pada asalnya kerana terlihat lelaki tersebut sedang menggaru-garu.

Lelaki tersebut membuat kelakuan kotornya dari stesen Kelana Jaya sehinggalah ke stesen KL Gateway-University.

Happened early in the morning as I was on the way to work. I had a bad feeling. I did. But I thought he was just…

Posted by Aryssa Fahmy on Tuesday, October 23, 2018

Menurut saksi, lelaki tersebut sengaja berdiri di hadapan mangsa walaupun pada awalnya tertuduh masuk ke dalam keretapi melalui pintu lain.

Suspek telah direman selama tiga hari.

Sumber: Star Online