Gopeng Glamping Park, Lokasi Sesuai Untuk Penggemar Aktiviti Lasak

Musim perayaan ini, ramai yang ambil peluang untuk turut mengadakan hari keluarga. Masa inilah nak berkumpul ramai-ramai, saling mengenal antara satu sama lain dan bertanyakan khabar.

Mesti ramai yang masih mencari-cari, kawasan mana yang sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul kan? Kalau buat di rumah sahaja agak bosan. Apa kata kali ini anda sambut hari keluarga di tempat yang istimewa sikit.

Kalau mahu dekat dengan alam, kami sarankan Gopeng Glamping Park Radak Adventure, Gopeng kerana harga yang mereka tawarkan agak berbaloi dengan apa yang akan anda dapat. Kalau mahu bersantai bersama rakan-rakan pun boleh.

Gopeng Glamping Park Radak Adventure

Jom baca perkongsian daripada Kimi Jamai tentang pengalaman beliau ketika bercuti di sana.

“Kami bertolak dari Kulim lebih kurang jam 4.30 pagi dan berhenti solat Subuh di RnR Bukit Gantang. Sambung perjalanan balik lebih kurang jam 6.30 pagi dan sampai di Gopeng Glamping Park lebih kurang jam 7.40 pagi.

Kenapa kita orang gerak awal sangat?

Sebab nak kejar time untuk join 1st session Water Rafting which is at 9.00 pagi. Kau orang jangan risau, lokasi tempat mudah saja nak cari, tak ada pun tersembunyi dekat celah hutan ke apa, betul-betul sebelah jalan.

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 8

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 9

Sementara tunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur sampai, sempat kita orang borak-borak dahulu dengan staf dekat sini. Pagi itu hujan agak lebat juga, tapi menurut staf, hujannya kejap-kejap sahaja, jadi InshaAllah tak ada masalah.

Tepat jam 9.00 pagi, lori orang kampung akan datang untuk angkut kita orang ke lokasi White Water Rafting yang akan diuruskan oleh Radak Adventure. Perjalanan dalam lebih kurang 20 minit juga dari glamping park ke kawasan starting point rafting.

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 4

Sampai dekat kawasan permulaan, guide kita orang; Abang dan Abang Os mulakan dengan penerangan keselamatan dan pengenalan tentang aktiviti rafting (berakit). Mereka akan jelaskan terma-terma dan arahan-arahan yang kita orang perlu ikut sepanjang rafting ni.

Disebabkan satu rakit itu ada limit berapa orang boleh naik, jadi kita orang yang datang bertujuh dibahagikan kepada dua kumpulan.

Lepas dah naik, dah try paddle sikit-sikit mereka akan ajar water confindence “in case” kalau rakit yang dinaiki terbalik. Haaa, kau orang juga akan pakai life jacket jadi janganlah risau kepada yang tak pandai berenang tu okey.

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 3

Ikut arahan, InshaAllah selamat. Selesai semua tu, teruslah kitorang berwhite water rafting. Pergh, memang takut tapi seronok weh pengalaman dia. Mula dengan jeram comel-comel sahaja kemudian hujung-hujung memang tak ada bawa bincang dah, kira sampai terbaliklah kita orang punya rakit tu. Best!

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 5

Sesudah habis rafting lebih kurang jam 12.00 tengah hari kita orang tunggu lori untuk datang ambil di Base Camp Radak Adventure. Lepastu Buffet Lunch dan ‘free & easy’. Petang pula rileks-rileks naik basikal klasik pusing-pusing kampung dan malamnya BBQ Buffet Dinner, mantap! Lepas dinner lepak-lepak dekat unggun api, main game sikit ‘then we called it a day‘lah.

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 7

Gopeng Glamping Park Radak Adventure 6

Esoknya ada sarapan pagi, kemudian check-out. Please try this out! Tak menyesal I tell you. Jangan ragu-ragu walaupun kau orang langsung tak pernah rafting. Kami semua pun first timer!

1. Comfortable and Clean Camping Facility
2. Friendly And Helpful Staff
3. Excellent Food (BBQ kambing dia 👍)
4. White Water Rafting Guide : very helpful and informative!

Overall, a must try experience! 1st time ever doing Glamping and White Water Rafting, and I can say InshaAllah this will not be the last one! All thanks to the awesome comrade of MP and the very friendly and helpful staff at Gopeng Glamping Park and Radak Adventure. Definitely a great experience and worth the money!

Kalau nak book boleh terus hubungi En. Wan (017-3228977).

Amacam, rasa tertarik tak nak ajak kawan-kawan lepak bermalam di sini? Kalau mahu, bolehlah hubungi nombor yang Encik Kimi sertakan sekali.

**Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Kimi Jamai. Anda boleh ikuti beliau di sini: Kimi Jamai

Sini pun seronok juga.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.