Grab Malaysia Perkenal Insurans E-Panggilan Harian

Insurans E-panggilan Grab
Sumber: Reuters

Demi mengurangkan beban pemandu e-panggilan bagi memastikan kelangsungan hidup, Grab Malaysia telah memperkenalkan insurans e-panggilan harian (GDI).

Pihak Grab berkata dasar insurans tersebut direka khas dengan kerjasama 14 syarikat insurans dan pengendali takaful terkemuka di Malaysia sesuai dengan keperluan rakan-pemandu yang menggunakan Grab sebagai sumber pendapatan tambahan.

Insurans E-panggilan Grab

Dilaporkan, 80% pemandu Grab adalah pemandu sambilan dan dengan peraturan e-panggilan baharu itu memerlukan mereka untuk membeli insurans/ takaful e-panggilan. Ia menelan belanja sehingga RM400 hingga RM500 untuk setahun.

Ia bertujuan untuk menangani isu ini dengan menawarkan GDI sebagai pilihan yang berpatutan.

Dengan GDI, pemandu boleh membayar insurans ketika dalam talian sahaja dan perlindungan sah untuk 24 jam. Insurans e-panggilan akan melindungi pemandu ketika mereka memandu Grab dalam tempoh tersebut. Hanya perlu opt-in untuk GDI melalui aplikasi pemandu dan tidak perlu embeli insurans e-panggilan tahunan.

Bagi jumlah bayaran, ia berbeza mengikut pembekal Insurans Motor/ Takaful pemandu iaitu antara RM1 hingga RM2 setiap hari. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Grab di sini.

Melalui peraturan baharu ini, ia menjimatkan wang pemandu terutama bagi mereka yang melakukannya sebagai kerja sambilan dan tidak memandu setiap hari.

 

Sedap sangat menu dulang ini. Rugi kalau tak cuba.

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.