GSC Pavilion Beri Popcorn Percuma Pada Hari Terakhir Operasi

GSC Pavilion Popcorn Percuma

Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan menutup cawangan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur bermula 16 Februari ini.

Sebagai tanda terima kasih kepada penggemar filem, GSC Pavilion akan menawarkan satu set popcorn secara percuma untuk setiap pembelian tiket pada hari terakhir operasi mereka.

Notis penutupan itu diketahui menerusi sebuah makluman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam berkenaan. Orang ramai masih boleh menonton filem pilihan mereka di GSC berhampiran seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall.

Untuk rekod, GSC Pavilion Kuala Lumpur mula dibuka pada 29 November 2007.

GSC Pavilion Popcorn Percuma
Sumber: Maskulin

Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mendakwa pawagam berkenaan bakal diambil alih oleh Dadi Cinema, syarikat pawagam dari China. Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.

Bolehlah menonton wayang di GSC Pavilion pada Ahad ini sebagai kenangan terakhir anda!

Sumber: MalayMail