Guna 5 Cara Ini Untuk Goreng Ayam Dengan Empuk Dan Rangup

Menggoreng ayam memang nampak mudah, namun tanpa cara yang betul akan menyebabkan ayam goreng masih mentah dan berdarah. Bagaimana untuk memastikan ayam yang digoreng memberikan hasil gorengan yang sempurna?

ayam-goreng_20180626_150612
Sumber: Serambi Indonesia

Cuba cara ini, pasti ayam goreng masak dengan empuk dan rangup.

1. Potongan Ayam Tidak Terlalu Besar

cara-potong-ayam-12-bahagian
Sumber: Magicalips

Pastikan bahagian ayam yang bertulang seperti peha tidak dipotong terlalu besar. Ia bagi mengelakkannya daripada berdarah.

2. Kelar Bahagian Ayam

unnamed-341
Sumber: Foochia

Sekiranya lebih gemar potongan ayam yang lebih besar, sebaiknya kelar dahulu bahagian ayam. Ini bagi memastikan ayam yang digoreng dapat masak dengan sempurna.

3. Guna Minyak Yang Banyak

5b1c2757850e637808_3
Sumber: Femina

Pastikan ayam goreng tenggelam dalam minyak. Dengan cara ini, isi daging ayam dapat memberikan hasil gorengan yang cukup sempurna.

4. Guna Api Sederhana

dsc_0392_2
Sumber: Foodandtools

Jika menggunakan api yang besar, ayam hanya akan masak diluar tetapi tidak pada isi di dalam. Untuk hasil yang baik, gunakan api sederhana supaya ayam dapat masak luar dan dalam.

5. Rendam Ayam Beku Dalam Air Dahulu

1371597909254
Sumber: hargaa.id

Jika ayam masih beku, jangan terus digoreng. Rendamkan ayam dalam air terlebih dahulu supaya ais tadi cair. Jika terus digoreng ayam beku, ia hanya akan masak di luar sahaja.

Dengan menggunakan cara gorengan yang betul, Insya Allah hasilnya juga terbaik. Jika anda ada cara lain untuk goreng ayam dengan lebih empuk dan rangup, boleh kongsikan bersama kami.
‘Sharing is caring.’