Guna Aplikasi Yoodo Untuk Perantauan Antarabangsa

perantauan antarabangsa Yoodo
Sumber: WorldSIM

Apabila merantau ke keluar negara, pastinya kita memerlukan plan internet selain menggunakan WiFi awam untuk kekal berhubung lebih-lebih lagi menggunakan laman sosial. Kesudahannya, kita terpaksa memerlukan pembelian simkad apabila berada di sana.

perantaun antarabangsa Yoodo
Sumber: Lowyat

Jalan penyelesaian terbaik tanpa memerlukan anda membeli simkad di sana, anda hanya muat turun aplikasi Yoodo iaitu jenama perkhidmatan digital yang beroperasi dibawah syarikat telekomunikasi Celcom. Apa yang menarik tentang Yoodo ini, anda boleh menetapkan sendiri pelan anda seperti memilih kuota internet yang diperlukan, minit panggilan dan SMS.

Ya, berbeza dengan pelan internet yang lain, Yoodo memberi pilihan kepada anda untuk mengubahsuai tetapan mengikut kesukaan. Segala urusan dibuat anda tidak perlu bersusah payah ke kaunter cawangan, hanya berusuan melalui aplikasi Yoodo.

Yoodo menawarkan pelan perantaun antarabangsa iaitu menerusi pelan domestik Yoodo dengan tambahan Roam Like Home. Gunakan sahaja aplikasi Yoodo di telefon pintar apabila anda merantau ke luar negara.

Bagaimana untuk mengaktifkan Pelan Perantaun Antrabangsa?

Anda perlu membeli pelan perantaun Roam Like Home yang mana perkhidmatan ini melibatkan 53 buah negara. Perkhidmatan perantauan antarabangsa anda akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan data, membuat panggilan atau menghantar sms.

Apabila menggunakan perkhidmatan perantaun Yoodo, pastikan tetapan APN di telefon pintar anda ialah Yoodo. Penggunaan perantaun anda apabila di luar negara adalah sama seperti penggunaan data di Malaysia.

Tambahan, anda perlu memperbaharui pelan perantaun Roam Like Home setiap 24 jam dari waktu aktifkan pelan. Anda boleh melihat senarai negara yang terlibat dengan pelan Yoodo berserta harga rata telco mengikut negara terpilih.

perantauan antarabangsa Yoodo
Sumber: Hype MY

Contohnya, jika anda ke Korea, anda menggunakan telco SK Telecom melalui pelan perantaun Roam Like Home pada harga RM20 sehari.

Berminat untuk menggunakan pelan antarabangsa Yoodo? Pastikan muat turun aplikasi Yoodo melalui aplikasi Google Play atau App Store, aktifkan data perantauan atau hantar sms dan anda boleh terus menggunakannya.