Guna Lima Bahan Sahaja, Resipi Bubur Ayam Ini Rasa ‘Sebijik’ Dengan Bubur McD

Resipi Sebijik Bubur McD

Guna 5 Bahan Sahaja, Resipi Bubur Ayam Ini Rasa ‘Sebijik’ Dengan Bubur McD.

Semua orang tahu cara masak bubur amat mudah. Bukan itu sahaja, menu ini amat sesuai dijadikan pembuka selera lebih-lebih lagi jika makan ketika panas.

Antara resepi bubur yang paling menyelerakan ialah bubur ayam. Dan yang popular tentulah bubur ayam McD. Memang sedap dan cukup rasa. Anak-anak pun suka sangat dengan bubur ayam, kan?

Biasanya jika teringin sangat, hanya pesan di restoran makanan segera McDonalds sahaja. Sedapnya memang tak terkata!

Tapi kalau dapat buat sendiri di rumah lagi tambah berbaloi. Resipi bubur ayam ala McD ini dikongsi oleh Siti Hasnah AR di laman Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dengan mendapat sebanyak 1.2ribu tanda suka dan 1.4ribu perkongsian.

Resipi yang dikongsi amat mudah, hanya guna lima bahan sahaja dan turut dipuji netizen yang sudah mencuba resipi tersebut. Jom kita lihat resipinya.

Resipi bubur ayam ‘sebijik’ dengan bubur McD

Bahan-bahan:

Stok ayam
Halia
Minyak bijan
Beras
Ayam dipotong dadu

Resipi Sebijik Bubur McD
Sumber: FB

Cara memasak:

1. Dua genggam beras dibasuh bersih dan rebus sampai kembang. Kemudian buang air rebusan tadi dan gantikan dengan air lain dengan anggaran 3 cawan.

2. Apabila sudah diganti air lain, masukkan 3 sudu besar stok ayam dan hirisan halia. Masak sehingga nasi hancur dan memekat.

3. Dalam periuk lain, rebus isi ayam dipotong dadu.

4. Apabila nasi sudah menjadi bubur, bolehlah dihidangkan dengan ayam rebusan bersama supnya. Letak minyak bijan ikut tahap kesukaan.

5. Boleh dihias dengan sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

Resipi Sebijik Bubur McD
Sumber: FB

Senangnya! Selamat mencuba!

Sumber: Siti Hasnah AR

BACA: Penyeri Ramadan, Ini Resipi Popular Bubur Lambuk

BACA: 3 Resipi Bubur Asyura Dari 3 Negeri Ini