Hampir Kehilangan Anak Di KL Sentral, Ini Pengajaran Untuk Kita Semua

kl sentral

MakanLena ingin kongsikan pengalaman seorang ibu, Nurul Suhada yang hampir dipukau dan kehilangan anaknya di KL Sentral. Diharap perkara ini menjadi iktibar bagi kita semua agar lebih berhati-hati ketika berada di luar.

Kedekutkan Anak Dari Orang, Sangat Relevan Pada Masa Kini!

Sebelum ni mama baca sahaja kes anak orang kena culik, anak sakit, virus, pelbagai sindiket dan sebagainya. Tapi hari ni, bila kena dekat batang hidung sendiri, Allahuakbar. Sedih sangat. Menangis tahu risau jadi apa-apa dekat anak kesayangan ni.

Oleh kerana ramai benar yang PM/DM untuk tahu full story macam mana kejadiannya, maka disini, Mama Fayyad ceritakan kisah trauma mama hari ini.

( Rabu | 5 September 2018 | 2.30pm | KL Sentral )

Oh! Sebelum apa-apa, Mama sebenarnya saja nak naik keretapi ni, sekian lama dah tak naik dari mengandung lagi teringin nak jalan naik keretapi. Bila ada Fayyad ni, lagi excitedlah nak naik tu sebab ada teman penghibur sekali. Dan ada juga kakak sepupu, Chot Chotin (Chott) ikut sama bawa anak kecil juga. Adik sepupu lelaki pun ada (Zamarul).

Nota : Perkara ini tidak dirancang sama sekali. Kami sekadar hantar Pak Usu ke stesen keretapi sahaja mula-mula. Lama-lama jadi terlangkah sekali naik keretapi sebab tu kami gah berpakaian sekadar seluar track dan t-shirt saja. Mama lagilah pakej tudung sarung saja. Yang penting yakin diri saja, kan?

Berbekalkan sebotol susu & sekeping pampers Fayyad, dah buat mama rasa on.

Okay, ceritanya macam ni. Ada seorang perempuan berbangsa Cina ikut kami sepanjang perjalanan naik turun escalator kat KL Sentral. Asyik pandang Fayyad je. Mama tak perasan langsung Amoi ni ikut sebenarnya. Kakak sepupu (Chott) & adik sepupu (Zamarul) yang perasan tapi tak bagi tahu pun. Takut salah sangka pula. Lepas makan kat food court Stesen KL Sentral tu, kami turun ke tingkat bawah guna tangga biasa.

Start sini Amoi dah ikut dah. Kami berjalan seperti biasa sambil mama bubbling main-main dengan Fayyad. Dari tangga tingkat atas nak ke tempat laluan ke MRT tu, tup-tup Amoi ni tahan dan tegur mama dulu. “You, Stop! Where you want to go? And who are you?”. Time ni mama macam, ha?? Apahal tiba-tiba tanya dan tak fikir negative langsung. Mama so peramah dan jawab sajalah. Then dia start tanya dalam keadaan nak marah. “Who this baby?”. Time ni Chott dah start tarik tangan mama dan ajak jauh dari Amoi ni. 1st, ingat maybe dia nak pukau kot sebab dia berpusing nak bercakap bertentang mata dengan mama masa Chott ni halang. Mama cakaplah “My son!”. Then Amoi ni react like tangan dia tengah menggigil yang geram dan muka dia tak tahu nak cakap macam mana masa tu.

kl sentral

That time juga Chott tarik mama dan kami lari sepanjang perjalanan laluan nak ke MRT counter. Sepanjang larian itulah Amoi ni kejar dengan bawa beg balik kampung dia, sambil jerit-jerit. “Hey, Stop!”, “You! you!”, “Stop!”. Kami je tahu macam mana kami buka langkah larian tu dalam keadaan terkejut dengan tindakan Amoi tu. Sebelum naik esculator nak ke MRT, ada abang polis bantuan di situ. Kami berlari ke abang tu, then cerita hal tadi. Tak dan nak cerita sampai habis, Amoi ni start nak tarik Fayyad dan cakap Fayyad anak dia. Dan mama gila terkejutlah. Amoi cakap anak dia hilang dan Fayyad anak dia. Terkedu weyh time tu dalam keadaan tengah struggle pertahankan Fayyad dari disentuh Amoi tu. Amoi tu tak habis-habis cakap Fayyad anak dia yang hilang dan Fayyad anak Cina.

Abang polis ni suruh mama keluarkan bukti yakni MyKid Fayyad. Masa mama nak keluarkan MyKid tu dalam beg sandang, mama pastlah Fayyad dekat sepupu kecil (Zamarul) untuk pegang Fayyad sementara Abang polis blok Amoi tu dari buat apa-apa. Then Amoi ni menjerit marah sebab kononnya mama bagi baby dia pada budak kecil untuk pegang kejap. Amoi kata mama tak ada otak! Mama dah start takut sangat dan nak menangis time ni.

kl sentral

Abang polis tu tunjuk kat Amoi tu MyKid Fayyad, pengesahan yang Fayyad anak Melayu dan bukan anak dia yang hilang. Amoi ni tak puas hati, tetap jerit saiko kata tu anak dia yang hilang. Actually memang dia tunjuk MyKid anak dia pun. Tapi tak dan nak baca betul-betul MyKid tu sebab gigih sangat protect Fayyad. Amoi ni tanya macam-macam. Fayyad berapa bulan, gigi berapa batang, tapi tanya dalam keadaan saiko, mata terbeliak-beliak bila bertanya. Takut sangat.

Tak habis dekat situ, dia keluarkan puting baby dari beg yang dia bawa. Dia tunjuk-tunjuk, goyang-goyang puting tu depan mama dan Fayyad. Dia tanya kenal tak puting tu dalam keadaan saiko tadilah. Mama jawab tak kenal dan anak saya tak hisap puting. Dia try hard tunjuk depan Fayyad lebih dekat, tapi Chott blok kami dan abang polis tarik dia. Abang polis pun tak boleh nak handle Amoi ni. Then abang poolis panggil kawan dia lagi seorang. Kawan dia tanya-tanya tapi Amoi still cakap “That’s my baby!”.

kl sentral

Sebenarnya semua conversation Amoi ni in English tau. Mama faham dan boleh respon balik. Tapi dalam keadaan mama sendiri takut menggigil anak kita dipertaruhkan, mana mungkin mama boleh protect seorang diri. Saya suruh abang polis tu suruh Amoi tu tunjuk gambar anak dia yang hilang tu sebab nak tengok betul sama ke dengan muka Fayyad. Abang polis turut dalam keadaan di saiko Amoi ni sebab Amoi ni tunjuk perasaan dengan campak beg balik kampung dia kat kaki polis ni.

Bila geng abang polis ni dah sampai, Amoi ni still react saiko dengan soalan-soalan barang-barang baby bagai, dan menjerit kata Fayyad anak dia. Banyak kali dia cuba nak sentuh dan tarik Fayyad. Alhamdulillah, Chott, Zamarul & abang polis try hard halang. Lagi dihalang, lagi dia menjerit cakap Fayyad anak dia yang hilang. Tak tahulah Amoi ni memang sakit ke, sindiket, atau betul anak dia hilang. Mama pun tak dapat bayangkan apa jadi bila anak kita sendiri hilang. Boleh hilang pertimbangan juga.

Time ni Fayyad dah start takut tengok mama cuba elak dari setiap langkah Amoi ni mendekat. Fayyad pun menjerit bising babynya. Bukannya kita faham bahasa baby. Amoi ni terus melenting tunjuk jari kat Fayyad dalam keadaan marah dan cakap, “See! see!”. Amoi tu marah abang polis tu. Dia suruh tengok reaksi Fayyad yang tak selesa dengan orang asing ni. Segigihnya dia membuktikan yang Fayyad bukan anak mama.

So, bila geng abang polis sampai, tak dapat juga nak cool downkan Amoi tu. Abang polis tu suruh kami lari pergi naik train cepat! Dan masa tu mama punya lutut tersangatlah longgar nak berlari sambil dukung Fayyad, galas beg kat belakang, sambil-sambil nak tengok toleh belakang takut-takut Amoi ni kejar lagi atau tak dan terlepas ke apa ke. Macam-macamlah bermain kat otak masa tu.

Dari 1st naik esculator yang tinggi nak ke MRT tu, kami lari dalam ketakutan dan Amoi tu tersangatlah gigih nak rempuh road block abang polis tu, dan sambil menjerit Fayyad anak dia. Mama rasa jauh sangat kami berlari. Turun naik esculator dengan larian ketakutan. Cepat-cepat tekan mesin nak beli coin dengan mengahnya. Sampailah kami sambil-sambil tunggu train pada landasan yang betul pun menyorok-nyorok dekat bawah esculator sebab terlalu takut. Bila train sampai, kami terus masuk dan duduk dekat tempat orang ramai. Lega rasanya waktu train dah bergerak.

Sebenarnya, kami sangat kecewa. Sepanjang larian dalam ketakutan kami tu, tak ada seorang pun orang yang nak tolong atau pun tanya kenapa atau apa pun lah. Tak ada! Kami harungi dengan kekuatan dalam ketakutan kami sendiri je sampailah jumpa abang polis tu. Terima kasih abang polis.

Dalam train mama gigil-gigil, ketar lutut, trauma sangat. Menyesal sangat pergi tanpa lelaki dewasa yang boleh protect kami. Serik dah mama.

Alhamdulillah, Mama dan cousin-cousin selamat sampai dalam keadaan masih trauma. Pertama kali dalam hidup terjadi kat diri sendiri.

Mama sertakan video pendek yang sempat dirakamkan oleh adik sepupu mama. Ianya dalam keadaan takut kantoi. Gambar Amoi tu pun disertakan sekali.

Posted by Nurul Suhada II on Rabu, 5 September 2018

Posted by Nurul Suhada II on Rabu, 5 September 2018

Lepas berlari jauhhh .. Fayyad ddok diam macamm tuuu jeerrr..😭

Posted by Nurul Suhada II on Rabu, 5 September 2018

Sepanjang malam mama fikir hal ni sindiket ke apa ya. Risau kalau ada yang terkena nanti kalau benar ini sindiket. Takut!

Sesiapa yang pernah jumpa Amoi ni, atau kenal atau pernah terkena macam ni ke, please share. Risau kena kat orang lain pula.

Kalau betul Amoi ni sakit atau anak dia betul-betul hilang sampai dia hilang pertimbangan macam tu, please inform juga. Mama akan delete post ni.

Terima kasih buat kalian yang sungguh prihatin DM/PM/WhatsApp tak henti dok tanya full storynya macam mana. Mama story kat sini ya.

Mama sedang belajar untuk KEDEKUTKAN ANAK DARI ORANG sekarang ni.

Siapa ta sayang anak oi.

Pengajaran sangat buat mama. Lepas ni kena berhati-hati sungguh. Kena ada protector bila keluar. Tak boleh jadi peramah sangat sampai tak kena situasi. Jangan bagi orang sentuh atau pegang anak kita sesuka hati. Apatah lagi tiba-tiba minta nak dukung anak. OMG! Tak nak fikirlah kalau terbagi dukung Fayyad tadi.

Dan please, jadilah rakyat umum yang prihatin. Kasihan kami tadi orang ramai dok tengok je. Tak ada seorang pun yang hulurkan bantuan, tanya kami kenapa ke apa.

Minta maaf sangat kalau post ni ada silapnya kat mana-mana.

Semoga jadi pengajaran buat kalian juga. Mama serik!