Hanya Orang Gemuk Sahaja Boleh Makan Secara Percuma Di Restoran Ini

Di China, sebuah restoran telah melakukan pengiklanan luar biasa apabila memberikan privilage kepada pelanggan wanita dan lelaki yang gemuk. Sebelum memasuki restoran ini, pelanggan diminta untuk menimbang berat badan mereka sebelum dibenarkan masuk.

Untuk pelanggan lelaki, mereka ditawarkan diskaun dan makanan percuma berdasarkan berat badan manakala untuk pelanggan wanita, meraka hanya boleh menuntut diskaun sekiranya berat badan berada di bawah yang sepatutnya.

Restoran Nahuo yang terletak di wilayah Chogqin, barat daya China menawarkan makanan percuma untuk pelanggan lelaki yang memiliki berat lebih 140kg manakala pelanggan wanita di bawah 35kg akan menerima diskaun dengan sorakan dan penyerah baucar oleh pekerja restoran.

Restoran Orang Gemuk

Dengan situasi body shaming yang sering berlaku dalam masyarakat, inisiatif restoran ini merupakan salah satu langkah menggembirakan mereka yang terlampau berat (obes) atau individu yang memiliki tubuh yang terlampau kurus.

Diskaun dan tawaran ini membolehkan mereka menikmati hampir kesemua hidamgan yang tersedia dia dalam menu kecuali bir dan hairy crab.

Walaupun menerima kecaman daripada masyrakat, pengurus restoran ini tidak mengendahkannya kerana bagi beliau badan individu tersebut akan memberikan amaran bila sepatutnya mereka berhenti makan dan adalah penting mereka perlu melakukan senaman selepas makan.

Sumber: Vice

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!