Hidang Daging Babi, Sijil Halal Restoran Hotel Ini Ditarik

Sijil Halal Restoran
Sumber: The Malaysia Insight

Sebuah restoran hotel di Ipoh ditarik balik sijil halalnya serta merta selepas didapati menghidangkan menu berasaskan daging babi kepada pengunjung.

Operasi pemeriksaan yang melibatkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan KPDNHEP cawangan Taiping secara mengejut mendapati bahawa restoran hotel tersebut telah melanggar Perkara 4.8 (xv) Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014.

Tindakan ini dilakukan sebagai memberi peringatan dan amaran kepada semua premis pemegang sijil halal supaya tidak meremehkan sijil halal yang dipegang.

Sijil Halal Restoran

Perbuatan premis makanan berkenaan bukan sahaja seakan meremehkan status sijil halal yang dimiliki tetapi seperti tidak menghormati pengunjung Muslim yang datang ke restoran terbabit.

Kejadian ini menjadi peringatan kepada para pengunjung Muslim supaya perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan untuk menjamu selera.

Sijil halal di restoran bukan sahaja merujuk kepada tiadanya penghidangan daging babi dan arak, tetapi juga melibatkan beberapa aspek lain seperti sumber bahan diperoleh dan kaedah penyembelihan haiwan (yang halal dimakan) hidangan.

Sumber: Astro Awani

Mengidam nak makan sotong besar? Yang ini memang confirm halalan toyyiban. Boleh tonton paparan video seperti di bawah:

Nasi Dulang Daun Pisang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.