Hilangkan Bau Busuk Peti Ais Dengan 4 Bahan Ini

Kekangan masa dengan tugasan yang padat pada setiap hari menyukarkan kita untuk mengemas juga memantau keadaan dalam peti ais. Pelbagai jenis barang basah dan makanan di dalam peti ais mengundang bau yang kurang senang.

Bagaimana untuk mengatasi masalah bau busuk dalam peti ais? Jangan bimbang, guna sahaja 4 bahan ini. Pasti bau busuk beransur hilang.

1. Arang

ARANG-
Sumber: Suara TV

Ambil beberapa potong arang dan letakkan ke dalam bekas terbuka. Kemudian letakkan ke dalam peti ais. Selain dari bekas terbuka, anda juga boleh menggunakan penapis.

2. Uncang Teh

17
Sumber: Blog Mazeer

Uncang teh yang telah digunakan selepas membuat air, jangan terus dibuang begutu sahaja. Ada kegunaannya yang lain. Ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Letakkan sahaja uncang tersebut dalam peti ais. Insya Allah, bau busuk hilang.

3. Baking Soda

Jar and spoonful of baking soda for multiple holistic usages
Sumber: Irish Examiner

Selain digunakan untuk membuat kek dan kuih, ternyata baking soda juga berfungsi untuk menghilangkan bau busuk peti ais. Taburkan sahaja 1 atau 2 sudu baking soda ke dalam piring, kemudian letakkan di dalam peti ais.

4. Roti

sliced bread
Sumber: IndianExpress

Ambil beberapa keping roti dan letakkan ke dalam peti ais. Biarkan selama seminggu dua hingga roti betul-betul kering. Roti mampu menyerap bau busuk dalam peti ais.

Lepas ni, hilang segala bau busuk yang menusuk hidung bila buka peti ais. Jika anda ada cara atau bahan lain untuk hilangkan bau busuk peti ais, boleh kongsikan bersama kami.
Sharing is Caring.’