Percutian Keluarga Ke Hong Kong Tanpa Mengira Usia

Hong Kong

Hanya memakan masa empat jam dari Kuala Lumpur, Hong Kong merupakan destinasi percutian yang amat menarik untuk seisi keluarga.

Anda nak lihat seni kreatif atau lakukan aktiviti outdoor, semuanya ada untuk keperluan percutian keluarga di Hong Kong.

Kali ini MakanLena nak kongsikan dengan anda apa yang kita boleh buat semasa berada di Hong Kong.

Aktiviti Outdoor yang Menarik

Siapa kata hiking untuk orang yang dah pakar je? Dragon’s Back merupakan lokasi hiking yang sangat mesra untuk kanak-kanak. Dengan kemudahan akses dari bandar, lokasi ini menyediakan pemandangan yang sangat indah seperi Shek O, Tai Long Wan, Stanley, Tai Tam sehinggalah Laut China Selatan.

Jikalau anda merasakan menarik untuk meluangkan masa di luar pada waktu malam, cubalah untuk bercamping di kepulauan terpencil di Hong Kong. Cheung Chau menyediakan aktiviti menarik untuk keluarga seperti berbasikal dan beberapa aktiviti yang mencabar di Sai Yuen Farm.

Syurga Beli Belah

Tiada tempat lain selain Harbour City Mall untuk membeli belah sekiranya berada di Hong Kong. Lagipun, ia merupakan kompleks membeli-belah terbesar di bandar ini dengan memaparkan pelbagai jenama yang terkenal. Kompleks membeli-belah ini juga merupakan pusat fesyen bagi golongan muda dengan menampilkan jenama-jenama mewah seperti Alexander Wang, Chanel, Burberry, Gucci dan Stella McCartney.

harbour city hong kong

Selepas membeli-belah, cuba ke Ocean Terminal Deck untuk melihat panorama 270˚ Pelabuhan Victoria dan pemandangan menarik kepulauan Hong Kong dan Kowloon.

Tempat membeli-belah yang patut anda singgah juga ialah Old Town Central District. Lokasi ini menempatkan lebih 100 pereka tempatan serta usahawan kretif seni pembuatan tangan.

Pelancongan yang menakjubkan

Naiki tram dengan TramOramic Tour untuk merasa keunikan era 1920-an dan jelajahi Hong Kong yang kaya dengan sejarah dan pemandangan yang menarik.

tram hong kong

Tram ini dilengkapi dengan dek terbuka tanpa bumbung di bahagian atas dan dek kabin vintage di bahagian bawah. Dengan pengembaraan bersama tram ini, anda bakal melihat Hong Kong pada masa dahulu dan kini dengan mendengar daripada headset yang disediakan besertakan pilihan 8 bahasa.

Kepada keluarga yang biasa dengan kawasan tinggi, cuba singgah ke Ngong Ping 360, di mana terletaknya sistem kereta kabel terpanjang di Asia dengan jarak sejauh 5.7km dari Tung Chung hingga Ngong Ping. Ia pastinya menjanjikan pemandangan panorama menakjubkan selama 25 minit.

Penuh Magika

Tak kira anda seorang ibu bapa mahupun kanak-kanak, Hong Kong Disneyland Resort pastinya memikat hati kita semua dengan magisnya.

Terokai tujuh lokasi berbeza di jajahan magika taman tema tersebut sewaktu anda berada di dalamnya dan berinteraksi dengan setiap karakter yang lalu lalang.

Untuk yang inginkan keseronokan dasar laut, lawati Ocean Park dan dekati hidupan marin dengan lebih dekat. Lokasi tersebut juga punyai taman tema dengan lebih 80 tarikan.

Jika ke Madame Tussauds, anda bakal dikagumkan dengan lebih 100 patung lilin yang menyerupai watak dunia sebenar. Anda juga boleh ke Noah’s Art untuk melihat 67 arca haiwan bersaiz sebenar di sana.

Oh ya, jangan lupa untuk menaiki dek pemerhati Sky100 di mana anda boleh menikmati pemandangan Pelabuhan Victoria secara 360˚.

Nikmati tawaran menarik dari AirAsia ke Hong Kong dengan harga daripada RM179. Boleh dapatkan maklumat lanjut di www.airasia.com/my/en/promotion/discover-hongkong.page ataupun ke discoverhongkong.com.