Ifa Raziah Ajak Peminat Sedekah Nasi Lemak Divas

ifa raziah
Sumber: Astro Awani

Penyanyi dangdut yang terkenal menerusi lagu “Ser Ser Ser” itu ingin melakukan amal kebajikan dengan berkongsi pahala bersama peminatnya. Ifa Raziah berkata dia tidak kisah menyingsing lengan mengambil tempahan nasi lemak Divas untuk disedekahkan di masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, rumah orang tua dan rumah kebajikan.

ifa raziah
Sumber: Utusan Online

Niat murni Ifa muncul apabila beberapa rakannya datang ke rumah dan meminta artis itu menyediakan nasi lemak. Pada saat itu dia terfikir untuk mengambil peluang ambil tempahan daripada peminatnya yang ingin bersedekah berkongsi pahala bersama-sama.

Artis yang memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Versatil Popular dua tahun berturut-turut itu bersyukur dapat lakukannya tanpa memikirkan soal pulangan yang diterima.

View this post on Instagram

*NASI LEMAK DIVAS* Rm1 Sehinggit jer sebungkus . . Assalamualaikum Sesiapa yg bermurah hati utk bersedekah *NASI LEMAK DIVAS* Harga Rm1 utk sebungkus.. . . Sekiranya ada yg sudi atau berminat utk bersedekah SETIAP HARI dan akan dihantar oleh pihak kami ke MASJID2 / Rumah ANAK YATIM & TAHFIZ /Rumah ORG TUA/ Rumah KEBAJIKAN .. yg akan di pilih setiap hari .. . . Minimum order setiap seorg utk bersedekah adalah 30 pax ke atas mengikut permintaan Org yg ingin bersedekah.. . . Bayaran boleh dibuat secara online bermula skrg ini . sila whasp +60125836499 ataupun boleh ke ig @prelovedmissdiva . . SETIAP HARI dibuka utk Tempahan #NASILEMAKDIVAS . . Penghantaran adalah percuma utk ke MASJID2/Rumah ANAK2 YATIM & TAHFIZ/Rumah ORG TUA /Rumah KEBAJIKAN yg kami pilih dan kami tentukan setiap hari .. . . Setiap Amalan Kebaikan Yang Dilakukan Dengan Seikhlas Hati Pasti Akan Diberikan Ganjaran Dengan Pahala Dan Dibukakan Rezeki Oleh ALLAH S.W.T ini termasuklah dalam perbuatan memberi dan bersedekah kepada sesiapa yg memerlukan.. . . “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.” Surah an-Nissa:114

A post shared by 👑 IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Menerusi laman Instagramnya, nasi lemak itu dijual pada harga RM1 sebungkus dengan menetapkan tempahan minimum 30 bungkus seorang. Sebagai permulaan, ifa bersama kakitangannya memilih untuk menghantar tempahan itu di lokasi berdekatan seperti masjid, pusat tahfiz atau badan kebajikan.

Sajian nasi lemak Divas itu istimewa daripada air tangan Ifa Raziah sendiri. Dia berhasrat usahanya itu dapat menerima ganjaran pahala bersama mereka yang ingin bersedekah dan berharap akan meneruskannya secara berterusan jika tiada apa-apa halangan.

Pembaca yang turut ingin bersedekah boleh merujuk di Instagram Ifa Raziah mengenai tempahan nasi lemak Divas.

Sumber: Berita Harian