Ikuti Petua Lama Legakan Sakit Tekak dari bahan dapur

Bila datang sakit tekak, nak makan pun tiada selera. Perit rasanya bila nak telan sesuatu. Selain dari ambil ubat, ada cara tradisional yang lebih mujarab untuk membantu melegakan rasa sakit tekak.

Jom ikuti perkongsian daripada dari Master Founder Produk Bahan Alami, Puan Sarifa Redzuan II untuk melegakan rasa sakit tekak dengan hanya menggunakan bahan-bahan dapur sahaja.

Bahan Dapur

1 Ulas bawang putih diketuk
2 Halia sebesar ibu jari diketuk
1 Sudu besar halba
1 Batang kayu manis Ceylon (biasa pun boleh)
7 Helai daun pudina
Madu
Secubit Garam bukit
1 Hirisan lemon
Air 450ml

Cara Membuat

1. Rebus halia, kayu manis, halba, pudina dan bawang putih

2. Tutup api

3. Tapis masukkan dalam cawan

4. Perah 1 hirisan lemon

5. Masukkan 1 sudu besar madu

6. Masukkan secubit garam bukit

7. Kacau lawan jam sambil selawat dan minumlah untuk kelegaan

Amalkan

Minum sehari 2 kali.

In Sha Allah, tekak perit akan kurang sakit. Selang seli minum air asam jawa.

“Bahan ni mat salleh dah buat kajian tau. Anti radang , anti septik . Pendek kata mempercepatkan kelegaan . Cubalah petua melegakan sakit tekak dengan bahan dapur ini!”

Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Sumber/Foto: FB Sarifa Redzuan II (Petua dan amalan orang lama) – Mingguan Wanita