Ini 5 Lokasi Tumpuan Untuk Sambut Tahun Baharu 2020

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020
Sumber: Pamper

Seperti biasa, malam sambutan tahun baharu pastinya menjadi pilihan warga kota untuk keluar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami senaraikan lima lokasi tumpuan untuk anda pilih sempena sambutan tahun baharu 2020 malam ini. Jadi tidak perlu runsing untuk pergi ke lokasi yang jauh dari anda.

1. Dataran Merdeka

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020
Sumber: Youtube

Menjadi kelaziman Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi terbaik untuk sambutan ambang tahun baharu. Di sini akan diadakan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur yang dijadualkan bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengah malam ini.

Kemuncak tahun baharu di sini ialah ‘Pertunjukan Cahaya di Langit’ yang menjadi signifikan bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2020.

2. Sunway Velocity Mall

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020

Di lokasi ini juga bakal dianjurkan konsert ambang tahun baharu, New Year’s Eve 2020 Countdown yang akan bermula jam 10 malam. Ia bakal diserikan dengan persembahan Hael Husaini, Janna Nick dan ramai lagi.

3. Dataran Putrajaya

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020
Sumber: SelangorKini

Festival Light and Motion Putrajaya atau LAMPU kembali tahun ini dan seperti sebelumnya, Presint 3 Putrajaya akan diterangi lampu begemerlapan, membawa tema Beautiful Malaysia.

Telah pun berlangsung selama tiga hari iaitu dari 28 Disember hingga malam tahun baharu. Paling ditunggu pastinya digital and live fireworks, menjelang tengah malam 31 Disember.

4. Sunway Lagoon

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020

Bagi yang mahukan kelainan, anda boleh ke Sunway Lagoon untuk pertunjukan lampu neon. Malah ia turut dilabelkan sebagai festival cahaya neon terbesar di Malaysia.

Antara yang menarik di sini adalah pertunjukan bunga api selama lapan minit menjelang tahun baharu dan persembahan muzik secara langsung serta persembahan DJ antarabangsa.

5. CITTA Mall

Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020

Tidak jauh daripada Mutiara Damansara, konsert ambang tahun baharu ini akan disertai artis-artis muda popular, antaranya Nabila Razali, As’ad Motawh, Nana Sheme dan ramai lagi. Konsert ini akan bermula pada jam 9 malam di kawasan parkir CITTA Mall.

Tidak kiralah di mana anda berada untuk menyambut tahun baharu, pastikan utamakan keselamatan dan berpada-padalah meraikannya.

Selamat tahun baharu!