Ini Antara 5 Tip Sebelum Ke Antartika

Antartika
Sumber: Tirto

Kadangkala memang terbit rasa keinginan mahu melancong ke kawasan sejuk dan berais kan? Berangan mahu memancing dan terbaring di kawasan berais seperti yang selalu dilihat dalam siri kartun Pingu.

Namun sebelum ke sana, anda perlulah melakukan beberapa persediaan. Nak tahu apa? Mari kami kongsikan.

1. Sewa kapal kecil

Disebabkan Antartika ditadbir oleh Sistem Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty System) yang melindungi dan memelihara benua ini sebagai rizab semula jadi. Peraturan perjanjian termasuklah protokol alam sekitar yang membenarkan hanya 100 orang ke benua ini. Sewa kapal yang lebih kecil tetapi mempunyai kapasiti maksimum penumpang seramai 118 orang untuk mengelakkan anda menghabiskan masa dengan sia-sia menunggu giliran ke pantai berkenaan.

Antartika

2. Bekalan ubatan

Untuk ke sana, anda perlu menaiki bot yang akan melayari Selat Drake yang mempunyai ketinggian sebesar 10 meter. Lalu sahaja selat ini, pasti anda akan mengalami masalah pening kepala dan mabuk yang boleh membuatkan anda muntah sampai lembik.

3. Bawa sunscreen

Ramai yang berpendapat bahawa cuaca Antartika yang sejuk tidak akan menyebabkan anda sunburn. Tanggapan ini yang terbukti salah kerana cuaca panas di sebahagian kawasan Antartika boleh mencecah sehingga 24 jam. Dengan pemakaian sunscreen, kulit anda akan dilindungi daripada terkena cahaya UV yang menembusi awan dan terpancar di salji dan ais.

4. Tak perlu bawa parka

Jimatkan ruang bagasi anda. Tak perlu bawa parka apabila anda merancang untuk ke Antartika. Setiap penumpang yang menempah kapal untuk pergi ke benua ini akan diberikan sepasang jaket ekspedisi sebagai cenderahati.

Antartika

5. Anda boleh jadi saintis terhormat

Anda boleh membantu mengurangkan kos mengupah saintis untuk menjalankan kajian di benua ais ini. Dengan menyertai inisiatif daripada Citizen Science, anda boleh lakukan tugas-tugas ringkas seperti melakar rupa awan untuk NASA’s Globe Observer atau menghantar gambar paus kepada Happy Whale untuk membantu mereka mengesan migrasi paus di serata dunia.

Merupakan benua yang terpencil di dunia, banyak yang anda boleh pelajari mengenai bumi dan atmosferanya. Keadaan geografi yang hampir sama dengan negara-negara maju menjadikan Antartika bukan lagi merupakan tempat yang penuh misteri dan sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.

Sumber: Fodor’s Travel