Ini Cara Beli Tiket Aquaria KLCC Dengan Harga Murah

cara beli tiket murah Aquaria KLCC

Berbicara tentang destinasi menarik di bandar raya Kuala Lumpur, kita akan menyatakan tempat wajib lawati ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KLCC.

Selain tarikan bangunan itu sendiri, KLCC juaga mempunyai tarikan lain di dalamnya termasuk Taman Tasik dan Aquaria KLCC.

Aquaria KLCC boleh diibaratkan seperti sebuah akuarium besar yang mempunyai kelasnya tersendiri. Ibarat anda hidup di dalam laut adalah pengalaman yang bakal dirasai di Aquaria KLCC.

cara beli tiket murah Aquaria KLCC
Sumber: Wazari Wazir

Apa yang menarik dengan Aquaria KLCC berbanding pameran akuarium yang lain ialah:

1. Aquaria KLCC merupakan satu-satunya akuarium pameran yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Jadi, di sinilah anda dapat melihat pelbagai spesis ikan piranha.

2. Mempunyai single tank yang terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter!

3. Mempunyai lorong underwater yang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 90 meter.

Pergi Aquaria tengok hidupan laut berenang sahajakah?

Di Aquaria KLCC anda dapat mengikuti aktiviti yang terdapat di sini:

1. Feeding Sessions

Boleh melihat penjaga akuarium memberi makan kepada ikan termasuk ikan jerung

2. Sleeps with Sharks
Teringin tidur dengan ikan jerung? Boleh bawa anak-anak mencuba pengalaman menakjubkan ini.

3. Dive with Shark
Untuk anda yang mempunyai lesen menyelam dan ingin menyelam bersama jerung, boleh cabar keberanian anda melakukan aktiviti ini.

4. Cage Rage
Aktiviti ini memberi peluang kepada bukan penyelam terlatih atau berumur 14 tahun ke bawah untuk menyelam melihat hidupan laut secara dekat tetapi dalam sangkar besi.

cara beli tiket murah Aquaria KLCC

Banyak aktiviti yang menarik di Aquaria KLCC ini tetapi ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi kerana harga tiket agak mahal. Jangan risau sebab anda boleh sahaja mencari harga tiket yang lebih murah.

Caranya:

1. Beli secara dalam talian

Ini cara dapat harga tiket lagi murah berbanding di kaunter. Sebab beli secara dalam talian di laman web Aquaria KLCC tidak perlu modal yang besar.

2. Beli awal

Konsepnya lebih kurang sama dengan beli tiket kapal terbang. Bila ada promosi memang kena cepat-cepat ambil untuk dapat harga murah.

3. Beli dengan platform tempahan tiket

Banyak platform tempahan tiket yang anda boleh guna untuk mendapatkan tiket yang lebih murah berbanding harga di kaunter. Antara platform yang anda boleh guna ialah Klook, Wonderfly.asia, Kidxy dan Traveloka.

Contoh jika anda beli di Klook:

Harga Dewasa – Kaunter: RM49
Klook : RM35
Warga Emas    – Kaunter: RM39
Klook : RM35
Kanak-kanak   – Kaunter: RM39
(3-12 tahun)       Klook : RM26

Di sini kita dah boleh jimat! Jadi, boleh masukkan Aquaria KLCC dalam senarai lawatan wajib pergi dengan keluarga atau teman-teman anda.