Ini Cara Masak Nasi Goreng Paling Mudah Untuk Mereka Yang Tidak Suka Dapur Bersepah

Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Sumber: FB

Hidangan nasi goreng sering dijadikan sebagai hidangan untuk mereka yang baru hendak belajar memasak. Pelbagai jenis masakan nasi goreng boleh disediakan kerana asasnya adalah nasi, sayur-sayuran, protein dan sedikit perencah.

Kebiasaannya, kita masak nasi goreng menggunakan kuali atau pan. Namun bagi segelintir orang, akan memasak nasi goreng menggunakan periuk nasi (biasanya orang bujang atau pelajar).

Bagaimana anda memasak nasi goreng jika guna periuk nasi? Masak nasi putih dahulu atau masakkan sekali dengan bahan-bahan lain?

Seorang pengguna Facebook memuat naik resipi nasi goreng versinya menggunakan periuk nasi dan telah tular sebanyak 12 ribu perkongsian. Leslie Koh yang berasal dari Singapura berkata cara ini lebih mudah kerana tidak perlu khuatir dengan keadaan dapur yang berminyak selepas memasak.

Jom lihat langkah demi langkah memasak nasi goreng guna periuk nasi elektronik ini!

Bahan-bahan:

2 cawan beras
3 batang sosej yang dipotong dadu
Daun bawang yang dicincang
1 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
1 1/2 cawan stok ayam
1 cawan air
Telur
Serbuk lada hitam

Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Sumber: FB
Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Sumber: FB


Cara-cara memasak:

1. Basuh beras seperti biasa, kemudian masukkan beras dalam periuk nasi.
2. Masukkan sosej, kicap, minyak bijan, stok ayam dan air dan kacau rata.
3. Tekan butang masak pada periuk nasi. Setelah nasi masak, pecahkan telur dan tuangkan ke atas nasi tadi.
4. Kemudian, masakkan lagi sekali pada mod ‘keep warm’ selama 10 minit.
5. Setelah itu, masukkan daun bawang dan serbuk lada hitam dan kacau rata.

Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Sumber: FB
Masak Nasi Goreng Guna Periuk Nasi
Sumber: FB

Siap! Selamat mencuba!

Antara resipi lain yang menggunakan periuk nasi:

BACA: Tular Di Jepun, Cara Masak Nasi Bersama Ayam Goreng Tepung Ini Menarik Untuk Dicuba

BACA: Resipi Kek Keju Jepun Guna Periuk Nasi

Sumber: Leslie Koh