Ini Cara ‘Refund’ Tiket Penerbangan Jika Permohonan Visa Australia Anda Ditolak

Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: Reservasi

Belakangan ini, ada sahaja kisah visa rakyat Malaysia ditolak membuatkan perancangan percutian ke Australia terbantut. Ia berpuca disebabkan segelintir rakyat Malaysia yang bekerja memetik buah secara haram di sana menggunakan visa pelancong.

Oleh sebab itu, Australia memperketatkan lagi peraturan dan ini amat menyukarkan mereka yang benar-benar ingin melancong ke Australia.

Bagaimana jika sudah membeli tiket penerbangan namun visa pula ‘tersangkut’? Bukan sahaja meruntun jiwa kerana impian ke sana musnah, bahkan tiket penerbangan juga turut melayang.

Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: Travel

Jangan risau, jika visa anda tidak diluluskan ada harapan untuk menerima pulangan wang (refund) untuk tiket penerbangan. Seorang pengguna Facebook, Nabilah Johar berkongsi cara meminta pulangan wang (khas untuk penerbangan AirAsia sahaja).

1. Hubungi Airasia (Nabilah hubungi melalui Twitter)
2. Bagitahu yang visa tak lulus dan sekalikan tangkap layar visa refusal mem0.
3. Nanti Airasia akan minta tempahan nombor,nama dan butiran lain-lain.

Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: FB

Dalam kes Nabilah, beliau hubungi Airasia lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh penerbangan. Jadi, AirAsia hanya caj cancellation fees RM140/1 sehala. Selebihnya pulangan wang melalui credit account.

Credit account boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan seterusnya atau mahu bayarkan tiket orang lain pun boleh. Perlu diingatkan credit account akan tamat tempoh selepas 3 bulan.

Jumlah pulangan wang yang diterima sebanyak RM402 (harga tiket asal RM682).

Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: FB
Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: FB
Cara Refund Tiket Penerbangan Visa Tak Lulus
Sumber: FB

Menurut Nabilah, boleh menerima pulangan wang sepenuhnya dari AirAsia jika menuntut awal dua atau tiga bulan sebelum tarikh penerbangan.

Sumber: FB Nabilah Johar