Ini Cara Untuk Penjawat Awam Nikmati Tajaan Insurans Perjalanan Ke Luar Negara

Menjadi penjawat awam sangatlah banyak keistimewaannya, antaranya bantuan bonus, elaun, kenaikan pangkat, cuti yang fleksibel dan sebagainya.

Namun tahukah anda, penjawat awam juga diberikan keistimewaan menerima tajaan insurans perjalanan ke luar negara sekali dalam masa setahun?

Tajaan Insurans Penjawat Awam Ke Luar Negara 2

Bagaimana cara untuk memohon? Ikuti langkah di bawah seperti yang dikongsikan oleh Jawahir Wan:

1. Isi permohonan cuti di HRMIS.

2. Isi permohonan perjalanan ke luar negara di SPPKN.

3. Beli insurans sendiri terlebih dahulu. Setelah pulang bercuti, tuntut refund di bahagian kewangan.

Dokumen yang diperlukan:

a) Invoice atau resit insurans perjalanan.

b) Surat kelulusan SPPKNJKN (boleh dicetak)

c) Salinan kad pengenalan.

d) Salinan penyata bank.

Jika anda penjawat awam, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melancong setiap tahun dengan tajaan insurans daripada kerajaan.

Tajaan Insurans Penjawat Awam Ke Luar Negara

Tajaan Insurans Penjawat Awam Ke Luar Negara 1

Nota kaki: Seronoknya jadi penjawat awam.