Ini Rupanya Kesan Lemon Kepada Kulit

Kesan Lemon Kepada Kulit
Sumber: Healthy Directions

Lemon semakin popular sebagai bahan tambahan yang diletakkan dalam produk-produk yang ada di pasaran. Bukan hanya kerana baunya yang wangi, lemon juga mempunyai khasiat vitamin C dan asid sitrik yang boleh menyahkan toksin daripada badan selain daripada menyebabkan kulit menjadi lebih berseri dan kekal hidrasi.

Berikut merupakan antara nasihat yang diberikan oleh ahli dermatologi berkenaan dengan kesan lemon kepada kulit:

1. Mengawal keradangan (inflammation)

Tabiat minum air lemon semasa perut kosong pada waktu pagi dapat membantu dalam menyeimbangkan kondisi tubuh badan dengan pembekalan bahan alkali yang diketahui sebagai bahan anti-radang kepada kulit dan badan.

2. Kulit lebih berseri

Minum air yang dicampurkan dengan buah lemon boleh membantu anda untuk minum lebih banyak air sepanjang hari dan kekal berseri. Ini kerana badan menerima bekalan vitamin C yang secukupnya dari buah lemon.

Kesan Lemon Kepada Kulit
Sumber: Boldsky

3. Membentuk kolagen badan

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam larutan pekat merupakan bahan utama dalam pembentukan kolagen tubuh. Kolagen ini sangat membantu dalam memberikan rasa anjal pada kulit, selain membentuk semula sel-sel kulit badan dan mengurangkan tanda-tanda kedutan!

4. Membersihkan kulit dan badan

Minum air lemon boleh meningkatkan kadar pembersihan pada kulit dan sel-sel yang lain. Berfungsi sebagai ‘detox‘ pada kulit, kandungan air lemon ini akan mengeluarkan kotoran dan air peluh yang menyumbat liang-liang pori dan menjadi punca terhasilnya jerawat!

5. Merawat jerawat

Khasiat lemon ini diakui sendiri oleh pakar dermatologi, Dr. Janet Prystowsky, bahawa lemon bukan hanya mengandungi vitamin C, tetapi kandungan asid sitrik yang terkandung di dalamnya boleh membantu dalam merawat masalah jerawat ringan dan jeragat serta kulit yang terlebih tanned.

Kesan Lemon Kepada Kulit
Sumber: Hype Hair

Banyak rupanya khasiat buah lemon kepada kulit. Patutlah banyak sungguh produk di pasaran yang menggunakan lemon sebagai bahan tambahan terutamanya bahan mandian dan kosmetik.

Sumber: Business Insider