Ini Sebab Bahaya Makan Ubi Kentang Bertunas Dan Berwarna Hijau

Kentang Bertunas Bahaya Makan
Sumber; Impiana

Selain menjadi makanan tambahan dalam sesuautu hidangan, ubi kentang juga boleh menjadi menu utama seperti snek ringan kegemaran ramai. Jarang sekali kita membeli kentang dalam kuantiti yang banyak kecuali untuk berniaga kerana sayuran kentang tidak tahan lama.

Apabila kentang terbiar lama, akan bertunas dan bertukar warna. Kadang-kadang terasa rugi jika buang begitu sahaja kentang tersebut, jadinya ada juga orang tetap akan menggunakan kentang tersebut kerana luaran sahaja tidak elok tetapi dalam masih kelihatan kentang yang baru beli.

Tapi, selamatkah kentang itu untuk dimakan? Menurut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, sebenarnya lebih baik untuk dibuang daripada dimakan.

Kentang Bertunas Bahaya Makan

Kenapa kentang bertunas dan bertukar hijau itu perlu dibuang?

1. Makan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko terdedah kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu solanin dan chaconine.

2. Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

3. Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan mengambilnya boleh menyebabkan cirit- birit, muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

4. Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi, untuk tidak terasa membazir dengan kentang yang dibeli, anda perlu:

1. Pilih kentang yang segar
2. Simpan di tempat yang kering dan tidak terdedah dengan sinaran matahari.
3. Jangan bersihkan kentang sebelum disimpan.
4. Simpan kentang dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama (hanya kentang yang telah dimasak, bukan mentah).
5. jangan simpan kentang bersama dengan buah lain.

Sumber: Twitter Dr Kamarul