Ini Senarai Cuti Umum Malaysia Untuk Anda Rancang Percutian Panjang Sempena 2020

Sumber: Projek Travel

Menjelang tahun baharu, ramai daripada kita akan sibuk merancang cuti supaya dapat bercuti dengan lebih lama tanpa perlu mengambil cuti tambahan tahunan.

Untuk tahun 2020, cuti umum yang diwartakan di Malaysia adalah sebanyak 59 hari termasuk yang jatuh pada hari Sabtu dan Ahad.

Dengan senarai yang kami beri ini, anda dah boleh rancang berapa lama tempoh percutian yang anda mahukan.

JANUARI

  • 1 Jan (Rabu) – Tahun Baru (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 14 Jan (Selasa) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
  • 25 Jan (Sabtu) – Tahun Baru Cina (semua negeri)
  • 26 Jan (Ahad) – Tahun Baru Cina Hari Ke-2 (semua negeri)
  • 27 Jan (Isnin) – Cuti Tahun Baru Cina (semua negeri kecuali Johor dan Kedah)

FEBRUARI

  • 1 Feb (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
  • 8 Feb (Sabtu) – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor)

MAC

  • 4 Mac (Rabu) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu)
  • 22 Mac (Ahad) – Israk dan Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)
  • 23 Mac (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor)
  • 23 Mac (Isnin) – Cuti Israk dan Mikraj (Negeri Sembilan dan Perlis)

APRIL

  • 10 Apr (Jumaat) – Good Friday (Sabah dan Sarawak)
  • 15 Apr (Rabu) – Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 24 Apr (Jumaat) – Awal Ramadan (Johor, Kedah dan Melaka)
  • 26 Apr (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)
  • 26 Apr (Ahad) – Cuti Awal Ramadan (Johor dan Kedah)

MEI

  • 1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja (semua negeri)
  • 3 Mei (Ahad) – Cuti Hari Pekerja (Johor dan Kedah)
  • 7 Mei (Khamis) – Hari Hol Pahang (Pahang)
  • 7 Mei (Khamis) – Hari Wesak (semua negeri)
  • 10 Mei (Ahad) – Hari Nuzul Al-Quran (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)
  • 11 Mei (Isnin) – Cuti Nuzul Al-Quran (Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Putrajaya
    dan Selangor)
  • 24 Mei (Ahad) – Hari Raya Aidilfitri (semua negeri)
  • 25 Mei (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (semua negeri)
  • 26 Mei (Selasa) – Cuti Hari Raya Aidilfitri (semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
  • 30 Mei (Sabtu) – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)
  • 31 Mei (Ahad) – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah)

JUN

  • 1 Jun (Isnin) – Hari Gawai (Sarawak)
  • 1 Jun (Isnin) – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan dan Sabah)
  • 2 Jun (Selasa) – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 6 Jun (Sabtu) – Hari Keputeraan YDP Agong (semua negeri)
  • 7 Jun (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan YDP Agong (Kelantan dan Terengganu)
  • 21 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
Lokasi Sambut Tahun Baharu 2020
Sumber: Pamper

JULAI

  • 7 Jul (Selasa) – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 11 Jul (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 17 Jul (Jumaat) – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  • 22 Jul (Rabu) – Hari Sarawak (Sarawak)
  • 30 Jul (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)
  • 30 Jul (Khamis) – Hari Arafah (Terengganu)
  • 31 Jul (Jumaat) – Hari Raya Haji (semua negeri)

OGOS

  • 1 Ogos (Sabtu) – Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 2 Ogos (Ahad) – Cuti Hari Raya Haji (Kelantan dan Terengganu)
  • 20 Ogos (Khamis) – Awal Muharram (semua negeri)
  • 31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan (semua negeri)

SEPTEMBER

  • 16 Sep (Rabu) – Hari Malaysia (semua negeri)
  • 24 Sep (Khamis) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar (Johor)

OKTOBER

  • 3 Okt (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sabah (Sabah)
  • 9 Okt (Jumaat) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Melaka (Melaka)
  • 10 Okt (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sarawak (Sarawak)
  • 29 Okt (Khamis) – Maulidur Rasul (semua negeri)

NOVEMBER

  • 6 Nov (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)
  • 11 Nov (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan)
  • 12 Nov (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan)
  • 14 Nov (Sabtu) – Hari Deepavali (semua negeri kecuali Sarawak)
  • 15 Nov (Ahad) – Cuti Hari Deepavali (Kelantan dan Terengganu)

DISEMBER

  • 11 Dis (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  • 25 Dis (Jumaat) – Hari Krismas (semua negeri)
  • 27 Dis (Ahad) – Cuti Hari Krismas (Johor dan Kedah)

Sumber: Kabinet Malaysia