Ini ‘Trick’ Dapatkan Tiket Ke London Dengan Harga Jauh Lebih Murah

Kerana perbezaan jarak dan nilai matawang yang berbeza, harga tiket ke London boleh dikategorikan antara yang paling tinggi.

Disebabkan tiada penerbangan tambang murah yang menawarkan penerbangan ke London setakat ini, ada beberapa trick yang boleh anda cuba untuk dapatkan harga tiket dengan lebih murah walaupun AirAsia X dijangka akan menawarkan penerbangan Kuala Lumpur – London pada tahun hadapan.

1. Beli tiket enam ke 12 bulan lebih awal

Cara melakukan tempahan tiket seawal enam ke 12 bulan lebih awal ini memang efektif. Dengan merancang perjalanan lebih awal, anda boleh pilih tarikh yang sesuai dan melakukan perbandingan harga.

2. MATTA Fair

Umum sedia maklum, acara MATTA Fair mengumpulkan syarikat pelancongan dari dalam dan luar negara dengan harga pakej yang jauh lebih murah berbanding biasa.

Trick Harga Tiket London Murah 2

Dianjurkan dua kali setahun iaitu Mac dan September, acara ini perlu anda jadikan sebagai ‘lubuk’ membandingkan harga pakej untuk setiap destinasi.

3. Perbandingan harga di laman web

Ini sangatlah sesuai untuk mereka yang mencari tiket di saat terakhir. Antara agen yang boleh digunakan ialah Skyscanner, Traveloka, Expedia, Cheapflight dan sebagainya.

Trick Harga Tiket London Murah 1

4. Bukan direct flight

Untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah, tempahan tiket bukan secara direct flight sangatlah disarankan. Untuk ke London, anda boleh cuba menempah penerbangan dari Kuala Lumpur – Doha sebelum meneruskan perjalanan ke London.

5. Pilih arrival airport yang berbeza

Jika anda pilih untuk mendarat di lapangan terbang yang sibuk seperti di Heathrow, London, harganya adalah lebih tinggi berbanding lapangan terbang lain seperti Gatwick kerana lokasinya yang berbeza.

Trick Harga Tiket London Murah

Jadi, untuk tiket lebih murah, anda boleh survey harga tiket di beberapa lapangan terbang sebelum melakukan pembelian.

Sumber: Luqman Muhaiyuddin