Jangan Lepaskan Peluang Sertai Comic Fiesta Di KLCC Pada 22-23 Disember

Comic Fiesta
Sumber: Danny Choo

Comic Fiesta kini kembali lagi. Berlokasi di KLCC, berita penganjuran pesta ini memang sesuatu yang mengujakan buat peminat-peminat komik.

Merupakan salah satu acara terbesar yang mengumpulkan animasi, komik dan permainan (ACG) di Asia Tenggara, setiap tahun Comic Fiesta menghimpunkan puluhan ribu comic artists, ilustrator, pemain kostum dan peminat budaya.

Comic Fiesta
Sumber: The Magic Rain

Menampilkan 14 penampilan istimewa, antaranya ialah kumpulan MYTH & ROID, Kors K, YUC’e dan Haneame, penganjur pesta menjanjikan kepuasan dan rasa teruja maksimum kepada para pengunjung yang hadir. Bukan itu sahaja, sepanjang berada di Comic Fiesta anda boleh beramah mesra serta bergambar dengan maskot-maskot popular seperti Coffy, Tea, Mi, Micheal (Jackson) dan Yin Yong.

Dengan harga tiket RM30 (satu hari) dan RM60 (dua hari), anda akan diberikan wristband sebagai bukti pembayaran sebelum masuk ke dewan pameran. Sekiranya anda mahu melakukan pembelian tiket masuk di kaunter, jualan akan dibuka bermula jam 10 pagi.

Untuk mengelakkan beratur panjang, anda boleh melakukan pembelian melalui aplikasi Klook. Bayaran harga yang sama tanpa perlu berpeluh sampai basah ketiak menunggu giliran di kaunter. Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, masuk adalah percuma tetapi perlu ditemani oleh orang dewasa.

Jangan lupa singgah ke cawangan barangan rasmi untuk pembelian barang-barang ekslusif Comic Fiesta seperti t-shirt, lencana dan banyak lagi. Belilah untuk disimpan sebagai kenangan penyertaan anda di Comic Fiesta ini.

Comic Fiesta

Namun sebelum menyertai pesta ini, terdapat beberapa peraturan daripada penganjur. Sekiranya tidak mahu dihalang daripada memasuki ruang pameran, pastikan anda patuhi setiap arahan daripada pihak penganjur Comic Fiesta, antaranya ialah:

1. Tidak dibenarkan membawa replika atau prop yang kelihatan seperti pistol yang sebenar.

2. Barangan besi tajam.

3. Bahan yang mudah meletup (termasuklah yang boleh menyebabkan percikan api).

4. Senjata api (termasuk senapang udara).

5. Peranti yang mengeluarkan percikan api, boleh menembak (termasuk air dan buih), menghasilkan asap atau confetti dan mengeluarkan bunyi atau cahaya secara berlebihan.

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawat laman rasmi Comic Fiesta atau pun Klook. Jangan tangguh-tangguh, nanti terlupa menyesal tak sudah dibuatnya.

Sumber: Comic Fiesta