Jenis-Jenis Garam Yang Biasa Digunakan Dalam Masakan

Garam
Sumber: Anis Asshikin

Digunakan sebagai penyedap makanan, garam merupakan sejenis galian yang mana komponen utamanya ialah natrium klorida. Mempunyai rasa yang masin, garam juga digunakan sebagai perubatan, terutamanya bagi merawat komposisi kimia berlebihan dalam badan.

Tapi, tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis garam dalam pasaran? Mari kita lihat senarai 3 jenis garam yang biasa dilihat dalam dunia masakan.

1. Garam Meja

Merupakan garam biasa yang digunakan untuk masakan. Melalui banyak proses pengolahan, garam ini bertekstur halus dan diperkaya dengan yodium iaitu salah satu mineral yang diperlukan tubuh.

Garam meja kebiasaannya ditambah dengan bahan anti-caking bagi mengelakkan penggumpalan untuk tekstur yang tidak melekat antara satu sama lain.

Garam
Sumber: Detik Food

2. Garam Laut (Sea Salt)

Dihasilkan melalui proses pengeluapan air laut. Tidak banyak berbeza dari garam meja, garam laut mengandungi kandungan natrium klorida semulajadi yang banyak tetapi kurang mineral.

Antara mineral yang boleh didapati dalam garam laut ialah kalium, zat besi dan seng. Boleh tercemar dengan bahan logam yang boleh dilihat dari warnanya, rasa garam laut dipengaruhi oleh pencemaran kotoran pada garam.

3. Garam Himalaya

Berasal dari lombong garam terbesar di dunia iaitu Khewra Salt Mine, Pakistan, garam Himalaya bukannya berasal daripada pergunungan Himalaya.

Mengandungi mineral natrium yang lebih rendah dari garam meja, garam Himalaya dipercayai dapat membantu mengurangkan kekejangan otot selain daripada dapat menjaga kesihatan gula dalam darah kerana mempunyai lebih 84 mineral yang diperlukan tubuh.

Garam
Sumber: Hello Sehat

Pada dasarnya, semua garam mempunyai kegunaan yang sama. Penggunaan garam dalam masakan boleh anda tentukan sendiri mengikut kesesuaian. Yang paling penting, kawalan kuantiti supaya kesihatan anda lebih terjaga.

Sumber: Hello Sehat