Jerami Gulung Jadi Tumpuan Bergambar Di Kedah Terbakar

Jerami Gulung Kedah Terbakar

Pelbagai tarikan menarik terbaharu di Malaysia sekali gus menaikkan lagi industri pelancongan dalam negara.

Salah satu destinasi menarik seperti berada di luar negara iaitu di Kampung Kuala Dulan Yan Kechil menjadi tumpuan penduduk mahupun luar negeri untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung di kawasan sawah padi.

Selain berpeluang berswafoto dengan jerami gulung, penduduk setempat turut menyediakan perkhidmatan lain di situ termasuk menunggang kuda dan memandu kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) selain gerai makanan dan minuman.

Jerami Gulung Kedah Terbakar

Jerami Gulung Kedah Terbakar

Namun, peluang bergambar bersama jerami gulung itu mungkin tidak dapat direalisasikan sehingga awal April ini kerana terbakar pada minggu lalu.

Jerami Gulung Kedah Terbakar

Kebakaran di lokasi tumpuan pengunjung untuk mengambil gambar itu membabitkan kawasan jerami padi berkeluasan 14 ekar (lima hektar), namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Diharapkan kawasan di sini dipulihkan segera dan tidak dikuburkan begitu sahaja.

Sumber: Harian Metro