‘Joker Stairs’ Jadi Tumpuan Baharu Pelancong Di New York

Joker Stairs New York
Sumber: IG

Filem yang mencetuskan fenomena untuk bulan ini, Joker menjadi bualan ramai bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh pelosok dunia.

Selain teknik cinematografi yang digunakan oleh pihak pengarah dan kru produksi, salah satu faktor yang memberikan impak besar dalam filem ini ialah pemilihan lokasi.

Antara lokasi ikonik yang menjadi latar tempat dalam filem Joker ini seperti Army Terminal, Robert F. Kennedy Bridge, Loews Jersey Theater, Newark Paramount Theater dan kesemuanya terletak di bandar New York.

Sebut sahaja tentang New York, yang kita akan bayangkan ialah mercu tanda Statue of Liberty, Times Square, Central Park dan lain-lain. Namun, dengan fenomena Joker mungkin akan menambah senarai tarikan pelancongan di sana apabila tangga ikonik dari filem ini nampaknya telah menjadi destinasi tumpuan tarikan pelancong.

Bagi yang sudah menonton filem ini, terdapat adegan si Arthur (Joker) menari-nari di sebuah anak tangga. Tangga itu terletak di 167th Street di bandar Bronx, New York iaitu antara Jerome dan Anderson Avenue.

Joker Stairs New York
Sumber: IG

Baru-baru ini ramai yang mengabadikan tangga ini dengan gaya ikonik Joker untuk tatapan di laman Instagram sekali gus ia digelar ‘Joker Stairs’. Ada juga yang memakai cosplay Joker semata-mata untuk mengambil gambar di tangga ini.

View this post on Instagram

This morning i woke up as #kiariladyjoker🤡🃏 and decided to go take some shots at those stairs in the Bronx where a scene of the movie Joker was shot. IGTV and YouTube videos will follow up in the next days, i can’t wait to show you priceless reactions of people around the city! . What do you think of the movie?! Masterpiece in my opinion and Joaquin Phoenix the best of the best💯 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• 📸 @newyorkloveny Thank you @manuspa to trigger the idea and @chalachinar for the make up on point👌💄 ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• @jokermovie @toddphillips1

A post shared by NYC Blogger| Jetsetter🤸🏻‍♀️ (@kiariladyboss) on

Bagaimanapun, beberapa penduduk di Bronx memberi nasihat untuk tidak pergi ke tangga berkenaan kerana ia merupakan kawasan ‘hitam’. Tetapi, sehingga hari ini masih ramai peminat Joker melawat ke kawasan tersebut untuk bergambar.

Sumber: NME