Jom Jumpa Hello Kitty Dan Karakter Sanrio Di Quill City Mall!

hello kitty
Sumber: Eddy Rush

Mungkin ramai yang kurang mengenali Sanrio Times tetapi jika menyebut watak Hello Kitty pasti semua tahu bukan? Karakter popular Hello Kitty merupakan salah satu daripada watak siri Sanrio Times.

Hello Kitty masih dikenali dan peminatnya kian bertambah dari generasi ke generasi lain walaupun sudah menjangkau hampir lima dekad. Demi penghargaan kepada peminat, syarikat Sanrio Times mengadakan pameran pertama kali di Malaysia yang bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pamerani istimewa ini merupakan pameran terbesar di Asia Tenggara yang merangkumi lebih 300 barangan vintaj, membawa anda kembali kepada zaman kanak-kanak. Antara yang menarik pada pameran ini ialah The Plushy World yang mana para pengunjung bakal dibawa ke satu bahagian yang dipenuhi lebih 100 watak Sanrio Times. Paling mengujakan, para peminat bakal berpeluang melihat patung Hello Kitty gergasi dengan ketinggian 3.5 meter.

hello kitty
Sumber: FB Our Sanrio Times Malaysia
hello kitty
Sumber: FB Our Sanrio Times Malaysia
hello kitty
Sumber: FB Our Sanrio Times Malaysia
hello kitty
Sumber: FB Our Sanrio Times Malaysia
hello kitty
Sumber: FB Our Sanrio Times Malaysia

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mempelajari tutorial lukisan 9 karakter utama Sanrio. Pameran Our Sanrio Times ini diadakan setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 9 malam bermula 24 November hingga 6 Januari 2019 di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Terdapat 13 tarikan zon melibatkan 400 watak comel berwarna-warni pastinya mengingatkan anda memori ketika kecil menonton semua watak-watak Sanrio di televisyen.

Harga tiket untuk memasuki ke pameran ini:

Warganegara : RM33
Tiket khas (warga emas, OKu, pelajar) : RM20
Bukan Warganegara : RM60

Tetapi kami di MakanLena ingin memberikan tiket PERCUMA ke pameran tersebut untuk merasai pengalaman bersama Hello Kitty dan rakan-rakan Sanrio.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah ikuti langkah mudah di bawah:

1. Isikan emel pada borang penyertaan di sini

2. Share posting ini dengan mengikuti langkah berikutnya untuk anda lebih berpeluang menjadi pemenang

Peraduan akan tamat pada 21 December 2018 (Jumaat). Kami akan memilih 15 pemenang dan setiap pemenang akan menerima 2 keping tiket untuk ke Our Sanrio Times ini. Para Pemenang akan diumumkan pada 22 December 2018 (Sabtu).

Jangan lupa ajak bersama rakan anda sertai peraduan ini. Selamat berjaya!

Hello Kitty & Sanrio Characters are coming to KL on 24 November 2018!Early Bird Promotion at RM 25! Wait no more and visit www.ticketcharge.com.my

Posted by Our Sanrio Times Malaysia on Saturday, November 3, 2018