Kafe Studio Milik Aiman Hakim Bakal Dibuka

Aiman Hakim
Sumber: Star2.com

Nama Aiman Hakim tidak lagi asing dalam dunia hiburan tanah air. Terkenal dengan lakonan yang mantap dan bersahaja, lelaki berdarah kacukan Arab-Melayu ini bukan sahaja boleh menyanyi, tetapi juga aktif dalam bidang-bidang lain dalam industri hiburan.

Mula dikenali sebagai peserta Mentor 5, minatnya yang mendalam terhadap muzik menyebabkan beliau berimpian untuk mewujudkan satu kafe studio bagi membolehkan orang ramai berkongsi dan mengetengahkan bakat mereka dalam bidang tersebut. Aiman Hakim berharap agar projek tersebut menjadi kenyataan pada tahun depan kerana projek ini merupakan impiannya sejak dari dahulu lagi.

Aiman Hakim
Sumber: Desain Denah cafe

Kafe studio yang masih dalam proses perbincangan ini akan turut menempatkan studio rakaman dibawah seliaan Awi Rafael yang menjadi rakan bersama projek ini. Pembinaan kafe ini akan menggunakan sepenuhnya wang hasil penglibatannya dalam industri hiburan sejak hampir 10 tahun lalu.

Jika kafe Aiman Hakim berjaya dibina tahun depan, pasti ianya akan mendapat sambutan terutamanya untuk golongan yang meminati muzik bagi berkongsi dan bertukar pendapat. Tapi, kami nak tahu juga di mana lokasinya kafe ini akan dibuka, ya?

Sumber: Harian Metro