Kecewa Suami Salah Beli Bahagian Ayam, Isteri Bertindak Hubungi Polis

hubungi polis salah beli ayam

Selalu kita menghubungi polis untuk melaporkan kecemasan yang berada di sekeliling. Namun, berlainan pula dengan kejadian yang berlaku kepada pihak polis di Wisconsin, Amerika Syarikat apabila mendapat aduan daripada seorang wanita bukanlah disebabkan hal kecemasan, tetapi kecewa dengan suaminya.

Si isteri bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas suaminya tersalah membeli bahagian ayam yang dipesannya. Pihak polis mendakwa menerima panggilan pada Ahad malam dengan menerima aduan pertengkaran pasangan tersebut.

hubungi polis salah beli ayam
Sumber: Shutterstock

Suami wanita itu kemudiannya bersetuju untuk berpindah seketika ke rumah bapanya bagi meredakan kemarahan isterinya.

Dalam pada itu, tidak dapat dipastikan bahagian ayam yang manakah dimahukan oleh wanita itu atau hidangan apakah yang mahu dibuat olehnya.

Pertengkaran makanan yang melibatkan polis seperti ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini seorang suami berang sehingga menghubungi polis selepas makan bersama isterinya di sebuah restoran kerana marah apabila isterinya enggan membayar makanan yang dipesannya.

Sumber: Fox News

Kalau peminat anime dah masuk sini, mesti berat hati nak balik.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.