Kelapa Parut Tahan Lama Dengan 2 Cara Ini. Anda Mesti Cuba!

Sinonimnya, kelapa parut sangat diperlukan dalam pembuatan kuih-muih tradisional Melayu seperti kaswi, lompang, cucur badak dan lain-lain. Tidak kurang juga dalam masakan seperti urab dan kerabu. Tidak menjadi sesuatu juadah jika tiada kelapa parut sebagai bahan pelengkap. Gabungan rasa kemanisan kuih dan kelemakan kelapa parut menjadi juadah begitu terasa sungguh sempurna di dalam mulut.

ready_stock_Kelapa_Parut_Kering__Desicated_Coconut_1kg
Sumber: Rasa

Kesukaran untuk mendapatkan kelapa parut pada masa kini, memerlukan kita untuk lebih peka terhadap ketahanannya yang tidak boleh terdedah dalam tempoh masa yang terlalu lama. Jika dibiarkan, kelapa parut akan mudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Namun begitu, terdapat beberapa petua yang kami ingin kongsikan kepada anda, cara untuk mengekalkan ketahanan kelapa parut.

Cara Pertama

1. Gumpalkan kelapa parut menjadi biji-biji bola.
2. Simpan biji-biji kelapa parut tadi ke dalam plastik atau bekas yang berisi air.
3. Simpan dalam peti ais pada bahagian pembeku. Pastikan plastik atau bekas ditutup rapat.

Cara Kedua

1. Masak air dalam periuk hingga mendidih.
2. Taburkan garam pada kelapa parut dan gaulkan rata.
3. Kukus kelapa parut dalam lebih kurang 15 minit.
4. Angkat dan biarkan hingga kelapa parut sejuk.
5. Kemudian, masukkan ke dalam plastik atau bekas untuk simpan di peti sejuk pada bahagian pembeku.

Dengan menggunakan 2 cara ini, kelapa parut dapat bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Untuk ibu-ibu yang berniaga kuih-muih, boleh cuba cara ini.