Kerajaan Perkenal Program My30 Untuk Pengangkutan Awam, Kos RM1 Sehari Tanpa Had

Sumber: NST

Bagi meringankan beban rakyat, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema ‘Bersama Menjana Ekonomi’ bagi menangani impak pandemik COVID-19 dengan tiga teras utama:

  1. Memperkasakan rakyat
  2. Melonjakkan perniagaan
  3. Merangsang ekonomi

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program My30 diperkenalkan bagi memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan awam tanpa had dengan kos RM1 sehari.

 

Awal tahun lalu, kerajaan telah memperkenalkan insentif pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 bagi menggalakkan masyarakat terdiri daripada warganegara bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Rapid KL
Sumber: Living Nomads

Pakej program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad ini akan memberikan pengguna akses untuk menggunakan semua perkhidatan yang disediakan oleh RapidKL daripada monorel, LRT, MRT, Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, bas perantara MRT dan semua bas ganti-ganti RapidKL dalam tempoh sebulan.